Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Cubaan seludup 'bundle' digagalkan oleh PGA

3rd July, 2020

TAWAU: Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan tiga lelaki warga tempatan menyeludup keluar 324 karung berisi barang terpakai (‘bundle’) dalam Op Benteng di sini pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Supt. Mohd Yacob Murad dalam kenyataan berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan pegawai dan anggota PGA 14 dan Pos Indera Sabah telah melakukan serbuan di Wakuba.

Serbuan dijalankan pada jam 10 malam itu berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 37 hingga 59 tahun sedang memunggah karung bundle berwarna putih dari dua buah lori ke tepi sungai berdekatan kolam udang di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 324 karung putih berkenaan mengandungi barang-barang terpakai dianggarkan bernilai RM 162,000 yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran melalui jeti tidak diwartakan.

“Dipercayai aktiviti itu bergerak pada waktu malam hari dengan semasa serbuan, sebanyak 105 karung telah dipunggah dan diletakkan di tepi sungai untuk dimuatkan ke dalam bot dan baki karung selebihnya masih berada di dalam lori,” katanya lagi.

Mohd Yacob berkata, kesemua tangkapan dan barangan rampasan yang dianggarkan bernilai RM 342,000 dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut. -OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print