Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Lelaki cuba baiki kabel elektrik terputus berhampiran sungai ditemukan lemas

3rd July, 2020

PAPAR: Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sungai ketika cuba membaiki kabel elektrik yang terputus berhampiran Sungai Kampung Mondikot, Papar, ditemukan lemas petang semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan, mangsa, Awangku Salam Awang Amas 38, ditemukan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dan orang awam ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 6.20 petang, kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa terjatuh.

“Kita menerima panggilan kecemasan membabitkan mangsa yang dikhuatiri lemas di sungai berkenaan pukul 2.44 petang, semalam. Pasukan bomba diketuai oleh Ketua BBP Papar Roslie Jun bersama enam anggota digerakkan ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 25 kilometer dari BBP Papar.

“Menurut saksi, mangsa cuba membaiki kabel yang terputus berhampiran sungai itu namun mangsa terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Operasi menyelamat ditamatkan pada 9.20 malam dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

   
Email Print