Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

APM Tawau bersedia hadapi kemungkinan berlaku banjir: Hussain

30th June, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau bersiap sedia dari aspek logistik dan anggota untuk berdepan sebarang kemungkinan berlaku banjir di daerah ini.

Pegawai APM Tawau merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kapten Hussain Mohd Noor berkata seramai empat pegawai dan 22 anggota lain-lain pangkat APM sudah bersedia dalam operasi tersebut.

“Kami sudah menerima arahan supaya bersedia pada bila-bila masa sahaja sekiranya berlaku bencana banjir, malah semua cuti anggota dibekukan setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

APM katanya, telah menyediakan beberapa logistik menyelamat termasuk lima buah bot, dua kenderaan pacuan empat roda, sebuah kenderaan penyelamat RQ, lori pengangkut dan dua MRV ambulan.

Beliau berkata, APM Tawau mempunyai beberapa kawasan jajahan dan tanggungjawab penyelamatan iaitu dari daerah Tawau sehingga Kalabakan.

“Kawasan yang menjadi tumpuan berlaku banjir adalah Kampung (Kg) Batu 2 Tali Air Jalan Apas, Kg Wakuba Apas Parit, Kg Rawa-rawa Batu 4, Kg Pasir Putih, Kg Serudung Batu 22, Jalan Bukit Queen Batu 15, Kg Kijang Merotai dan Kg Iban Merotai” katanya.

Menurutnya, selain operasi menyelamat, APM juga menyediakan tempat berlindung iaitu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekiranya penduduk terjejas akibat bencana banjir.

“APM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan makanan bermasak untuk mangsa banjir semasa di PPS.

“Bilik gerakan APM beroperasi 24 jam dan kami memohon orang awam yang mengetahui berlakunya bencana banjir supaya menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di talian 089-749046,” katanya lagi.

   
Email Print