Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

PKLB Sabah bina tiga Bengkel Keusahawanan Desa di Kuala Penyu

30th June, 2020

KUALA PENYU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah membina tiga buah bengkel keusahawanan desa, iaitu Bengkel Menjahit Pakaian Tradisi, Bengkel Pemprosesan Makanan Berasaskan Sagu dan Bengkel Anyaman Kraftangan Rumbia.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ketiga-tiga bengkel itu bukan hanya menjadi pusat penganjuran kursus-kursus kemahiran yang dianjurkan KPLB Sabah, tetapi juga tempat melahirkan lebih ramai usahawan kecil luar bandar.

“Pembangunan keusahawanan dan industri desa merupakan antara tanggungjawab Kementerian ini. Saya amat yakin program ini boleh melahirkan lebih ramai usahawan kecil desa yang bukan hanya boleh meraih pendapatan kepada keluarga, tetapi turut berperanan mempromosikan Kuala Penyu melalui produk dengan mengekalkan warisan identiti daerah ini.

“Kemudahan tiga buah bengkel ini dimulakan tahun lepas selapas saya menerima permohonan daripada masyarakat di daerah ini. Syukur hari ini kita serahkan kepada Pejabat Daerah agar dapat digunakan oleh masyarakat. Ini antara sumbangan Kerajaan Negeri melalui KPLB Sabah untuk kesejahteraaan masyarakat di Kuala Penyu khususnya di sekitar Mukim Bundu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Kursus Jahitan Pakaian Tradisi, Kursus Pemprosesan Makanan Berasaskan Sagu dan Kursus Anyaman Kraftangan Rumbia, di Dewan Kampung Batu Empat, Kuala Penyu, di sini, kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Tetap, KPLB Sabah Fredian Gan, Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Tan Sri Wences Angang, Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Ingkim, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Keusahawanan Industri Desa Felecia Sindan, Pengerusi Saham Sabah Berhad merangkap Setiausaha Agung UPKO Nelson Angang dan para pemimpin masyarakat.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, kursus itu disertai 30 orang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada para peserta seterusnya mewujudkan peluang penjanaan pendapatan dan menjadi nilai tambah dalam diri para peserta.

Beliau berkata, kursus Jahitan Pakaian Tradisi diadakan selama 10 hari bermula 21 hingga 30 Jun, memberikan kemahiran kepada para pengusaha jahitan pakaian tradisi (Etnik Tatana) agar dapat menghasilkan jahitan yang berkualiti, reka bentuk unik sesuai dengan standardisasi pakaian tradisi masyarakat Tatana.

“Intipati kursus ini termasuklah ilmu kemahiran jahitan pakaian Sira Lambung (pakaian tradisi wanita), Sira Dambia (pakaian tradisi lelaki) dan pembuatan “Sigar Kotupu” iaitu sigar/tanjak bagi kaum lelaki Tatana,” katanya.

Selain itu katanya, para peserta juga didedahkan dengan ilmu kemahiran mengenai ketepatan sulaman, corak pirawis, hiasan dan aksesori tradisi Tatana.

Manakala Kursus Pemprosesan Makanan Berasaskan Sagu, Ewon berkata, ia diadakan selama empat hari mulai 27 hingga 30 Jun.

“Ia memberikan tumpuan mengenai inovasi penghasilan makanan berasaskan sagu. Saya berharap melalui kursus ini, para peserta dapat menghasilkan lebih banyak produk berasaskan sagu yang mempunyai nilai tambah seterusnya mampu bersaing dalam pasaran.

“Penghasilan produk makanan baharu iaitu “Sagor” atau sagu goreng yang dihasilkan daripada kombinasi adunan tepung sagu, isi ikan dan rempah- rempah sangat bersesuaian kerana pokok rumbia amat terkenal dan banyak didapati di daerah Kuala Penyu,” katanya.

Mengenai Kursus Kemahiran Anyaman Kraftangan Rumbia, ia diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 30 Jun mengetengahkan keunikannya yang tersendiri.

Ewon berkata, sehingga kini seramai 61 usahawan bimbingan KPLB Sabah dari pelbagai daerah di negeri ini berjaya membina

   
Email Print