Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

Banjir: Jalan utama Kota Belud masih tidak selamat kenderaan ringan

30th June, 2020

KOTA KINABALU: Jalan utama yang menghubungkan Kota Belud dan Kota Kinabalu serta beberapa daerah dan kawasan berhampiran masih ditutup kepada kenderaan ringan berikutan paras air yang masih tinggi di atas jalan terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata setakat ini, jalan terbabit ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

“Keadaan masih berbahaya kepada kenderaan kecil,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Semalam, dilaporkan ratusan kenderaan terkandas sejauh tiga kilometer hingga ke bulatan utama Kota Belud, kira-kira 74 kilometer dari sini, selepas jalan utama daerah itu yang menghubungkan beberapa daerah lain dinaiki air susulan hujan lebat berterusan pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Richard Jomiji berkata hampir 95 peratus jalan raya terjejas oleh banjir dan tanah runtuh ekoran hujan lebat pada Sabtu sudah boleh dilalui kecuali beberapa jalan kecil di Tenom dan Papar.

Beliau berkata selain kerja-kerja pembersihan di jalan yang terlibat, JKR turut mengambil beberapa langkah lain termasuk memasang papan tanda dan lampu amaran di kawasan berisiko tanah runtuh, menutup kawasan hakisan cerun dengan kanvas serta melencongkan aliran air.

Ekoran hujan lebat itu, sebanyak 10 daerah di negeri ini terjejas oleh banjir iaitu Kota Belud, Tuaran, Putatan, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau, Tenom, Kota Marudu dan Pitas.-Bernama

   
Email Print