Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

Tenom catat 17 kes positif denggi terbaharu

30th June, 2020

TENOM: Daerah ini mencatatkan 17 kes positif terbaru demam denggi di lima kawasan wabak demam denggi di daerah ini.

Pegawai Daerah Tenom, Sungkim Rumangun berkata, selain itu setakat tahun ini juga telah menunjukkan sebanyak 47 kes demam denggi direkodkan.

Katanya, keadaan tersebut amat membimbangkan walaupun daerah ini dikategorikan sebagai Zon Hijau daripada pandemik COVID-19.

“Kita sebenarnya di daerah Tenom ini diistiharkan sebagai daerah wabak demam denggi sebab apa kita mempunyai lima wabak terdiri daripada beberapa kampung yang telah mengalami wabak ini.

“Oleh itu, gotong-royong diadakan untuk semata-mata ingin memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Tenom supaya mereka menjaga kebersihan di dalam rumah dan sekitar kawasan rumah masing-masing supaya kita dapat mencegah wabak demam denggi ini.

“Saya agak sedih apabila kita dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19 sehingga kita berjaya dimana daerah Tenom setakat ini masih diklasifikasikan sebagai daerah kawasan zon hijau sehingga kini, tetapi nampaknya wabak demam denggi kita sedikit mengecewakan sebab kita telah mengalami lima kes wabak demam denggi.

“Program gotong-royong yang diadakan secara singkat ini tidak dapat mengatasi keseluruhannya masalah ini namun ianya untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada seluruh masyarakat Tenom supaya dapat membendung wabak ini dan dengan itu marilah kita sama-sama membersihkan kawasan rumah kita sendiri sehinggalah di kawasan-kawasan kampung,” katanya ketika ditemui media pada Program Gotong-Royong Perdana Membasmi Wabak Denggi di sekitar pekan Tenom, di sini pada Sabtu.

Sungkim mengingatkan bahawa usaha menghapuskan wabak denggi ini dapat ditangani bersama dengan selalu mengamalkan pembersihan persekitaran rumah iaitu dengan tidak membiarkan takungan air yang membolehkan pembiakan nyamuk Aedes.

Sementara itu, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur, Jack Jatil Junggok menghargai usaha mengadakan Program Gotong-Royong Perdana tersebut sebagai usaha mengajak masyarakat di daerah itu untuk selalu menjaga kebersihan dengan tidak membiarkan nyamuk Adeas membiak.

Agensi kerajaan yang terlibat pada program gotong-royong perdana tersebut adalah Klinik Kesihatan Tenom, Pejabat Daerah Tenom, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Tenom, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tenom, Majlis Daerah Tenom, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan beberapa pihak lagi. -Oleh: RIZALMI LIMAN

   
Email Print