Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI

29th May, 2020

IPOH: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) akan membuka proses bidaan secara kompetitif untuk Program Solar Berskala Besar oleh Industri Elektrik Malaysia Bagi Menarik Pelaburan Tenaga Boleh Diperbaharui (LSS@ MenTARI) mulai 31 Mei ini untuk tempoh tiga bulan.

Menteri berkenaan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata menerusi LSS@MenTARI, sebanyak 1,000 megawatt (MW) kuota solar ditawarkan melalui proses bidaan dan hanya dibuka kepada syarikat milik tempatan sepenuhnya atau sekurangnya-kurangnya 75 peratus pegangan saham tempatan untuk syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Katanya tawaran kuota kali ini adalah yang terbesar di bawah program LSS yang mana sebanyak 370MW solar ditawarkan semasa LSS-1, LSS-2 (520MW) dan LSS-3 (500MW), dan langkah itu bertujuan memulihkan dan merangsang ekonomi yang terjejas susulan penularan pandemik COVID-19.

“Ia juga bertujuan merancakkan pembangunan industri pembekalan elektrik negara khususnya Tenaga Boleh Diperbaharui,” katanya dalam sidang media mengenai LSS@MenTARI di pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga Perak di sini, kelmarin.

Shamsul Anuar berkata kementerian menetapkan kapasiti maksimum yang boleh dibida oleh setiap pemaju diturunkan daripada 100MW sebelum ini kepada hanya 50MW bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengiat industri solar membuat bidaan.

“Setiap pemaju boleh mengemukakan maksimum tiga bidaan sahaja. Tempoh serahan dokumen adalah tiga bulan berbanding enam bulan bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dimulakan sebelum akhir 2020,” katanya sambil memaklumkan maklumat lanjut akan dikeluarkan oleh pihak ST dalam masa terdekat.

Beliau berkata kementerian menjangkakan program LSS@MenTARI akan menarik pelaburan sebanyak RM4 bilion dan menjana 12,000 peluang pekerjaan kerana 1MW solar boleh mewujudkan sebanyak 12 peluang pekerjaan.

Menurut Shamsul Anuar, loji-loji jana kuasa di bawah program LSS@MenTARI dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya pada 31 Dis, 2023 berikutan pembangunan setiap loji mengambil masa sehingga 18 bulan. – Bernama

   
Email Print