Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja

29th May, 2020

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan menggesa semua majikan agar berhenti mengambil pendatang tanpa izin (PATI) sebagai pekerja dan pihak yang telah berbuat demikian menyerahkan mereka kepada kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.

Beliau juga berkata kerajaan tidak seharusnya mendakwa pekerja yang terdiri daripada pendatang tanpa izin sebaliknya mengambil tindakan untuk menghantar mereka pulang ke negara asal masing-masing.

Ini kerana proses pendakwaan memerlukan masa yang lama manakala penempatan mereka di pusat tahanan akan membazirkan wang pembayar cukai.

“Penahanan seorang pendatang tanpa izin di pusat tahanan menelan kos kira- kira RM70 sehari; cara yang lebih baik untuk kerajaan ialah melakukan proses ujian saringan bagi COVID-19 terhadap mereka dan jika keputusannya negatif, hantar sahaja mereka pulang ke negara asal,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi kelmarin.

Shamsuddin berkata kerajaan juga perlu mempertingkat pemantauan ke atas pekerja asing haram kerana mereka tidak memiliki rekod perubatan dan tidak mendapat faedah perubatan.

Pekerja asing yang sah memiliki insurans perubatan yang disediakan majikan masing-masing selain menikmati perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), yang akan menanggung kos perubatan jika pekerja itu jatuh sakit atau perlu dimasukkan ke hospital, katanya.

Berhubung isu tempat tinggal pekerja asing, beliau berkata majikan tidak mampu untuk menambah baik keadaan hidup mereka sepanjang tempoh yang mencabar ini.

“Memaksa majikan mematuhi undang- undang berkaitan standard perumahan minimum pada masa ini boleh menyebabkan banyak pihak terpaksa menghentikan operasi mereka,” katanya.

“Majikan (mempunyai kewajipan) untuk menyediakan keadaan hidup yang selamat dan sihat kepada semua pekerja asing yang sah namun sesetengah majikan pada masa ini berdepan kekangan kewangan yang teruk susulan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Menyentuh normal baharu, Shamsuddin mencadangkan agar kerajaan memulakan langkah menghalalkan pemotongan gaji sepanjang tempoh ini bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meringankan beban majikan. – Bernama

   
Email Print