Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP

29th May, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti digunakan pendatang haram untuk menyusup masuk dan keluar dari Sabah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Bagaimanapun menurut Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali berkata, laluan tikus untuk masuk dan keluar di ESSZone terlalu banyak dikesan dari Pulau Sebatik, Tawau, ke Kalabakan dan sehingga di Long Pasia, Sipitang.

“Mereka menggunakan antara laluan-laluan haram ini memasuki Sabah, Malaysia daripada Indonesia bagi mengelak dicekup pasukan keselamatan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Namun, katanya tindakan pendatang haram itu hanya mengakibatkan diri mereka dikenakan hukuman undang-undang Malaysia apabila tertangkap ekoran laluan tikus ini sentiasa dalam radar pemantauan pasukan keselamatan.

Hazani berkata terbaharu pihaknya mengesan enam individu dari Indonesia menyusup masuk ke Sabah menggunakan laluan tikus di Kalabakan.

“Tindakan mereka ini boleh menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 dan ekoran itu kita memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan agae kesemua mereka yang dikesan ini perlu menjalani ujian COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pasukan keselamatan turut mengusir serta merta lebih 20 pendatang haram yang cuba memasuki Sabah melalui Kalabakan dalam dua kes pada awal bulan ini.

“Tindakan kita adalah tidak membenarkan mereka mendarat dan mengusir serta merta,” katanya tindakan itu bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan mengelakkan kluster pendatang haram wujud di ESSZone.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau (PKKT) masih mengesan seorang lagi pekerja ladang warga asing bagi saringan COVID-19, selepas memasuki Sabah secara haram dan disedari penduduk yang kemudian membuat laporan kepada pihak keselamatan.

“Kita masih mencari seorang lagi pekerja ladang ini untuk disaring COVID-19,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini 10 pendatang haram yang menjalani ujian saringan COVID-19 dan di kuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau disahkan negatif penyakit berkenaan, dan kesemua mereka termasuk seorang kanak-kanak dirujuk ke Jabatan Imigresen.

   
Email Print