Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan

29th May, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Pengurusan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau mengesahkan menerima dua aduan pelanggaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh premis makanan ketika beroperasi di sekitar Jalan Perbandaran, di sini.

Ketika dihubungi, MPT memberitahu sudah melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan dan mendapati peniaga gagal menyediakan cecair sanitasi dan alat pemeriksaan suhu di premis masing- masing.

“Malah ada peniaga yang menafikan membiarkan bilangan pelanggan yang ramai duduk dalam satu meja seperti yang tular di media sosial,” katanya.

Siasatan terperinci akan dilakukan termasuk berdasarkan maklumat daripada pengadu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

“Untuk makluman, sebanyak 32 premis sekitar daerah ini sudah diberikan amaran kerana gagal mematuhi SOP, dan perkara ini sudah dipanjangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan.

“PKOB berharap agar semua pihak termasuk peniaga dan pelanggan mematuhi arahan yang ditetapkan bagi membolehkan usaha kerajaan memerangi COVID-19 berjaya dicapai,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian jam 9 malam pada Rabu itu, seorang pengadu tampil membuat aduan mengenai ketiadaan penjarakan sosial ditetapkan pihak berkuasa yang menghadkan bilangan pelanggan dalam satu-satu masa.

Menurut pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Afil, 29, dia terkejut melihat kehadiran ramai orang di dua premis tersebut.

“Dianggarkan lebih 20 orang berada di satu daripada premis berkenaan terdiri daripada lelaki dan wanita manakala 12 orang pelanggan berada di sebuah premis lagi yang duduk di tiga buah meja,” katanya.

Tambahnya, lebih mengejutkan ada beberapa meja menempatkan sehingga enam orang dalam satu masa yang dilihat berbual sambil menikmati minuman dan makanan.

“Tindakan ini cukup dikesali, apatah lagi kita kini sudah melalui kehidupan yang sukar lebih dua bulan ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Menurut Afil, dia tidak berniat untuk mengganggu perniagaan mereka, namun terkilan kerana tindakan ingkar SOP yang ditetapkan mengundang kepada risiko penyebaran COVID-19.

“Saya mempunyai abang dan kakak yang bekerja sebagai jururawat dan polis dan setiap hari, saya melihat mereka terpaksa bertugas tanpa mengira masa untuk memerangi COVID-19,” katanya.

   
Email Print