Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim

29th May, 2020

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri berharap, kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, dapat melakukan sesuatu untuk menyegerakan pelaksanaannya projek Lebuhraya Pan Borneo.

“Beliau berpengalaman dalam mengendalikan projek ini semasa beliau menjadi Menteri Kerja Raya semasa pemerintahan Barisan Nasional dahulu. Rakyat Sabah amat berharap menteri dari Malaysia Timur ini, dapat mengambil tindakan segera, untuk mengembalikan projek ini kembali berada di landasan yang betul, dan dapat menyegerakan pelaksanaannya,” katanya.

Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat berkata pertukaran kerajaan pada 2018 telah menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Beliau berkata, pertukaran kerajaan berkenaan telah menyebabkan penyelia pelaksana projek telah beralih tangan, kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah secara total.

“Untuk fasa 1 yang melibatkan 11 pakej iaitu sejauh 706 kilometer bermula dari Sindumin- Kota Kinabalu-Batu 32 Sandakan-Tawau dan juga jalan pesisir pantai dari Tuaran ke Kudat, yang kini sepatutnya 32 peratus siap.

“Namun disebabkan masalah berkenaan, kini terdapat kelewatan dan projek berkenaan, hanya mencapai 21.2 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, Lebuhraya Pan Borneo yang telah dirancang adalah sejauh 1,236 kilometer, dan ia sudah semestinya menjadi nadi penting penggerak ekonomi negeri Sabah.

   
Email Print