Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Kisah pasangan warga emas dapat perhatian banyak pihak

22nd May, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU; Kisah pasangan warga emas yang tinggal di pondok usang di tapak bekas pembuangan sampah di Jalan Damai di siar akhbar ini pada Khamis mendapat perhatian pelbagai pihak.

Jurrah Abdul Halim, 60, berkata, ramai pihak yang prihatin datang menziarahinya dan suami memberi sumbangan bekalan makanan serta wang ringgit termasuk ditawarkan rumah baharu.

Bagaimanapun katanya, dia dan suami Amil Bala, 70, berasa berat hati untuk berpindah ke tempat lain kerana mengaku sudah selesa tinggal di pondok itu.

“Bukan kami tidak mahu berpindah ke rumah yang ditawarkan itu, cuma banyak perkara yang bermain difikiran, kalau boleh kami minta tangguh dahulu, bagi kami masa sehingga selepas hari raya ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Permuafkatan Sri Tahfiz Nadi Al-Baghdadi (MPSTNAB) Tawau dan Umno Bahagian Kalabakan.

Sementara itu Pengarah MPSTNAB, Roslan Ramli berkata, pihaknya terpanggil membantu kedua warga emas itu selepas menyaksikan sendiri keadaan tempat tinggal pasangan berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak selamat.

“Ada beberapa buah rumah yang sesuai telah kami kenalpasti dan segala perbelanjaan termasuk kos sewa rumah dan utiliti serta kebajikan mereka adalah tanggujawab kami,”katanya.

Sehubungan itu beliau berharap pasangan warga emas itu akan mempertimbangkan tawaran pihaknya. Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Andy Muhammad Suryadi Andi Bandy yang turut menyalurkan sumbangan keperluan asas berkata, bantuan itu diharap meringankan beban pasangan berkenaan.

“Semoga bantuan ini memberi keceriaan kepada mereka di samping kita berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan,”katanya.

   
Email Print