Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

36 rumah Kg. Sumbilingon terima bantuan keperluan dapur melalui program KSSB dan dapur Belia Edisi Ramadan 2020

22nd May, 2020

RANAU: Sebanyak 36 buah rumah di Kg. Sumbilingon di sini, telah menerima bantuan berupa keperluan dapur melalui program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) dan Dapur Belia Edisi Ramadan 2020 kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ranau, ABIM Sabah dan Majlis Belia Sabah.

Seramai 21 kanak-kanak terdiri dari golongan keluarga kurang berpendapatan juga turut menerima susu formula sumbangan Abim Ranau.

Penghantaran bantuan itu, diketuai Yang DiPertua ABIM Ranau, Ustaz Fazli Bin Middie yang mendapat kerjasama daripada krew Belia Abim Ranau, bagi melancarkan perjalanan program tersebut.

Ustaz Fazli ketika dihubungi memberitahu, sumbangan itu telah dimanfaatkan oleh 138 orang ketua keluarga. Ini kerana sebahagian daripada ahli keluarga mereka yang sudah berkahwin tetapi masih tinggal serumah dengan ibubapa.

Menurutnya, kesemua penerima adalah terdiri dari golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan arahan perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB.

Menurutnya lagi, bantuan seumpamanya akan terus disalurkan kepada penduduk di seluruh pelusuk kampung dari masa kesemasa meskipun menghadapi situasi PKPB yang sedang berkuatkuasa.

“Dengan bantuan yang dihulurkan ini, akan dapat memberikan kegembiraan serta mengurangkan beban kepada keluarga mereka. Terima kasih juga kepada semua penyumbang prihatin untuk membantu penduduk yang terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dan PKPB” Jelas Ustaz Fazli.

   
Email Print