Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

JaPen komited salur maklumat sepanjang PKP

22nd May, 2020

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah komited menyalurkan maklumat kerajaan kepada masyarakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarahnya, Norzawiyah Bulka berkata, pelbagai inisiatif telah diambil Japen Sabah dalam menyebarluaskan maklumat serta dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat akar umbi seawal Februari lalu.

“Japen sinonim dengan penyampaian maklumat secara komunikasi bersemuka, namun sejak PKP dilaksanakan beberapa inisiatif baharu telah diambil antaranya melalui program unit bergerak Info Info On Wheels (IOW) dan penyampaian maklumat menerusi platform media sosial.

“Program IOW yang dilaksanakan di semua daerah merupakan proses penyampaian maklumat melalui Unit Bergerak Jabatan yang menelusuri kampung-kampung pada setiap hari sepanjang tempoh PKP.

“Dengan ini, risiko kakitangan Japen terdedah kepada Wabak Covid-19 juga dapat dikurangkan,” katanya ketika menghadiri Program Sepakat @Komuniti-Tazkirah dan Ramadan Lambuk On Wheels di Wisma DangBandang, pada Rabu.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan bubur lambuk dan kuih raya kepada semua kakitangan Japen Sabah.

Menurut beliau, sumbangan tersebut merupakan simbolik ucapan hari raya dan terima kasih kepada warga Japen Sabah terutamanya mereka yang bertugas di lapangan bagi meningkatkan kesedaran mengenai wabak Covid-19 sejak PKP dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

   
Email Print