Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Kurangkan pergerakan di kawasan tumpuan

22nd May, 2020

KENINGAU: Masyarakat di daerah ini diingatkan untuk mengurangkan pergerakan jika tidak mempunyai urusan yang penting di kawasan tumpuan seperti di pekan pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kata Pegawai Penerangan Keningau, Awang Mamun Awang Saman.

Katanya, PKPB ini bukanlah bermaksud memberi kebebasan bergerak kepada orang ramai terutamanya untuk ke pekan tetapi lebih kepada membuka sektor ekonomi.

“Sebenarnya bila PKP itu diubah kepada PKPB, sebenarnya kita kena faham PKPB ianya lebih menjurus kepada untuk membuka sektor ekonomi, bukannya untuk membebaskan orang ramai untuk bergerak seperti biasa.

“Kita harus sedar bahawa Covid-19 walaupun ianya dapat dikawal tetapi tidak mustahil ianya akan boleh merebak semula, jika kita tidak memberi peringatan selalu kepada orang ramai.

“Jadi harapan kita walaupun PKPB ini telah memberi sedikit kelonggaran tetapi jangan lupa untuk sentiasa mematuhi atau mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19 seperti yang telah disarankan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Oleh itu katanya, orang ramai perlu mengurangkan pergerakan di tempat tumpuan seperti pekan jika tidak mempunyai urusan yang penting, serta tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke suatu tempat tumpuan orang ramai.

Walau bagaimanapun katanya, bagi tahap pematuhan terhadap PKPB di daerah ini sangat baik dimana orang ramai di daerah ini sangat mematuhi langkah-langkah pencegahan Covid-19 seperti penjarakan sosial sejauh satu meter, selalu mencuci tangan dengan sanitizer dan sentiasa menggunakan penutup hidung dan mulut.

Sementara itu katanya, Pejabat Penerangan Daerah Keningau akan sentiasa memberi hebahan maklumat dari masa ke semasa kepada orang ramai di daerah ini.

Katanya, bermula daripada Program Info On Wheels PKP dan kini Penerangan Daerah ini menjalankan program Ramadhan On Wheels.

“Mesejnya adalah sama untuk menyampaikan maklumat supaya masyarakat sentiasa mematuhi arahan, daripada PKP kepada PKPB walaupun nampak dilonggarkan sedikit tetapi kita akan sentiasa menasihati masyarakat untuk tidak lupa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan,” jelasnya. -Oleh: RIZALMI LIMAN

   
Email Print