Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

151 golongan asnaf disantuni

22nd May, 2020

TAWAU: Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia Negeri Sabah (BUDIMAN Sabah) bersama Pusat e-Desa Tanjung Batu telah menyantuni 151 orang golongan asnaf di daerah ini melalui program Ziarah Kasih Ramadan-Diambang Syawal.

Pengarah program, Ismail Awang berkata, selain golongan asnaf pihaknya turut menyasarkan mereka yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 antaranya terputus punca pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurutnya, program itu telah dijalankan selama lima hari dengan menyalurkan sumbangan barang makanan seperti beras, minyak masak, susu, tepung, mee kuning, dan ketupat nasi untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri.

“Program ini merupakan tahun kedua diadakan dan telah mendapat sokongan daripada Pejabat Timbalan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Selain itu turut mendapat kerjasama daripada Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Pertubuhan Kebajikan Anugerah Kasih Malaysia (PERKASIH),” katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi BUDIMAN Sabah dan Pusat e-Desa Tanjung Batu berkata, bantuan kali ini lebih ramai diberikan berbanding tahun lalu yang hanya membabitkan 22 orang penerima sahaja.

“Kali ini kami fokus menziarahi mereka secara langsung ke destinasi tempat tinggal mereka sambil beramah mesra bersama para penerima sumbangan,” katanya lagi.

Menurutnya, program kali ini lebih mencabar dari sebelumnya kerana jumlah penerimanya lebih enam kali ganda dan lokasi yang perlu diziarahi juga berbeza-beza.

“Selain itu, kami juga perlu mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan supaya semua yang terlibat terhindar dari penularan wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, pihaknya merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan para penyumbang dengan harapan jalinan kerjasama dapat diteruskan pada masa akan datang.

BUDIMAN Sabah merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif dengan pelbagai aktiviti kebajikan dan dakwah serta pertubuhan yang bertindak menyalurkan maklumat terutamanya kepada pemimpin masyarakat di kawasan berkaitan. -Oleh: NAZRINI BADARUN

   
Email Print