Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Satu Jom Sastera, Ikatan Penulis Sabah dan Momogunsia kutip derma buat Kg. Bambangan

29th March, 2020

MEMBAKUT: Para Ahli Jawatankuasa (AJK) Satu Jom Sastera Sabah (SJSS) serta Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan Momogunsia telah mengutip derma di kalangan ahli untuk membeli barangan keperluan asas untuk disumbangkan kepada penduduk Kg. Bambangan.

Sumbangan diagihkan kepada penduduk kampung berkenaan yang terjejas bekalan keperluan asas berikutan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa kini.

Ketua SJSS Yatim Ahmad ketika dihubungi kelmarin berkata mereka telah mengagihkan bantuan sumbangan kepada penduduk yang dikenali pasti.

“Bantuan barangan keperluan asas yang diagihkan kepada keluarga penerima barangan seperti beras, gula, minyak masak, dan lain-lain makanan ringan,” kata Yatim.

Para ahli SJSS, IPS dan Momogunsia merancang untuk mengagihkan sumbangan kepada penduduk Daerah Beaufort khususnya di Kg. Batandok.

Memandangkan Ketua Biro SJSS Puan Dartamata Hj Matlan yang turut serta mengagihkan barangan sumbangan merupakan Guru Besar SK Batandok.

“Menurut Ketua Kewangan SJSS Puan Adhwa Maddah majoriti penduduk Kg. Batandok adalah saudara baru (Mualaf) termasuk Ibu tunggal yang mempunyai ramai anak dan Warga emas,” kata Yatim.

Yatim berkata perancangan awal mereka untuk mengagihkan barang sumbangan ke Kg. Batandok terpaksa dibatalkan berikutan Penguatkuasaan PKP yang tidak membenarkan merentas daerah.

Beliau juga berkata mereka akan teruskan usaha membantu kerajaan meringankan beban penduduk yang dikenali pasti terjejas bekalan keperluan asas akibat Penularan COVID-19 yang melanda negara masa kini. –Oleh Shane Shah

   
Email Print