Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

PKP: Anggota Pasukan Gerakan Am PGA bantu PDRM Ranau

29th March, 2020

RANAU: Seramai 27 anggota dari Pasukan Gerakan Am PGA telah ditempatkan di daerah ini untuk membantu pihak polis di sini, memantau pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anggota Batalion 20 PGA itu tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada petang Khamis dari daerah Beluran.

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton, ketika dihubungi berkata, anggota PGA terbabit akan berada di daerah ini sepanjang PKP dikuatkuasakan.

“Pasukan bantuan ini akan membantu anggota polis di sini dalam menjalankan tugas berkaitan pemantauan PKP.

“Pasukan ini juga telah diberi taklimat yang jelas berkaitan tatacara perlaksanaan penugasan,” katanya.

Dalam pada itu, DSP Sammy menasihatkan orang ramai meningkatkan pematuhan Perintah PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19 khususnya di daerah ini.

Tegasnya, pada ketika ini, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu, mereka yang tidak mematuhi undang-undang boleh diambil tindakan,” jelas beliau.

Pada Rabu, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print