Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Polis Labuan buat tangkapan pertama ingkar PKP Covid-19

29th March, 2020

Oleh: JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Polis di sini membuat tangkapan pertama di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menahan dua lelaki tempatan yang didapati duduk melepak di kawasan awam Ujong Pasir, pada malam Khamis.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad (gambar) berkata, kedua-dua lelaki berumur 30 dan 40 an itu ditahan kira-kira jam 10.20 malam ketika sepasukan anggota polis sedang melakukan pemantauan dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika ditanya kedua-dua lelaki itu memberikan alasan yang tidak munasabah sebab-sebab mereka berada di kawasan itu.

“Kedua-dua suspek berkenaan di tahan di balai polis Labuan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit (2020),” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Muhamad Farid berkata, kedua-dua suspek jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Muhamad Farid menjelaskan pihak polis akan mengambil tindakan lebih tegas dan tidak akan berkompromi sama sekali dengan orang awam yang didapati melanggar PKP.

   
Email Print