Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Tiada sekatan pergerakan, pengangkutan bahan makanan di Sabah semasa PKP

29th March, 2020

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan bahawa semua pergerakan dan pengangkutan ‘perkhidmatan penting’ dan ‘barang keperluan’ seperti bahan makanan, sayur-sayuran, buah-buahan, dan ikan antara daerah tidak disekat semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata hasil laporan dari lapangan mendapati bahawa masih terdapat kekeliruan tentang pengangkutan dan pergerakan barang keperluan dan perkhidmatan penting.

“Kerajaan Sabah telah memutuskan melalui mesyuarat Pusat Perintah COVID-19 Sabah pada hari agar menjelaskan bahawa semua pergerakan dan pengangkutan perkhidmatan penting dan barang keperluan adalah dibenarkan dan tidak disekat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, kelmarin. -Bernama

   
Email Print