Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Pemberhentian perkhidmatan pengangkutan laut dari Labuan ke Sabah, Sarawak dilanjutkan

29th March, 2020

LABUAN: Pemberhentian perkhidmatan pengangkutan awam laut, iaitu feri penumpang dan bot laju dari Labuan ke Sabah dan Sarawak yang berkuat kuasa sejak 24 Mac lepas, dilanjutkan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tamat pada 14 April.

Jadual pelayaran feri kenderaan yang telah dikurangkan kepada satu perjalanan bermula 24 Mac lepas untuk empat feri yang beroperasi dari Labuan-Menumbok-Labuan, berbanding tiga perjalanan sebelum ini juga, akan kekal sehingga PKP berakhir.

Arahan itu akan dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia Labuan pada Isnin depan, kepada pengusaha feri Jutabonus Development Sdn Bhd yang mengendalikan Feri Galaxy dan Labuan Mainland Link Sdn Bhd dengan tiga ferinya iaitu Kimanis 1, Putrajaya 1 dan Goodwill Star.

Pengarahnya Benjamin Bernard Bijion berkata, selepas arahan pemberhentian perkhidmatan itu dikeluarkan pada 23 Mac, bilangan kenderaan dan penumpang ke tanah besar Menumbok, Sabah, melalui Terminal Feri (kenderaan) Labuan, telah berkurangan begitu ketara, manakala di Terminal Feri (penumpang) Antarabangsa Labuan kekal lengang.

“Ianya (arahan) baik, kita dapat mengelakkan perkumpulan ramai orang di kedua-dua terminal feri, yang boleh menyebabkan penularan wabak COVID-19, kita mahu bebaskan Labuan daripada wabak ini, sebab kedua terminal ini adalah pintu masuk dari tanah besar Sabah, Sarawak dan Brunei,” katanya kepada Bernama kelmarin.

Katanya, penumpang yang merancang untuk ke Kota Kinabalu, Menumbok dan Sipitang di Sabah, serta Limbang dan Lawas di Sarawak, melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan, diingatkan agar mengikuti pelayaran feri kenderaan (Feri Ro-Ro).

Beliau berkata, penjadualan pergerakan feri dan pemberhentian perkhidmatan pengangkutan laut penumpang, adalah selaras dengan PKP yang bermula 18 hingga 31 Mac dan kini telah dipanjangkan ke 14 April, bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Benjamin berkata, arahan penjadualan pelayaran itu telah dibincangkan dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, serta LDA Holding.

“Kesemua operator feri dikehendaki mengikut jadual pelayaran yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini,” katanya. -Bernama

   
Email Print