Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Seramai 13 individu ditahan langgar PKP di Sabah

29th March, 2020

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata seramai 13 individu ditahan di seluruh Sabah kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Ops COVID-19 sehingga Khamis.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai lapan individu ditahan ketika memancing di Kudat, semalam.

“Jumlah selebihnya ditahan di Kota Kinabalu seramai tiga orang manakala Kunak dan Kinabatangan masing-masing satu tangkapan.” kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Op COVID-19 di perairan Pulau Gaya, di sini, pagi kelmarin.

Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 33 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya lagi.

Beliau berkata, dua individu yang ditahan sudah didakwa di mahkamah pada Khamis.

“Tangkapan 13 orang ini nampak kecil tetapi pada saya tangkapan ini kita mesti lakukan untuk memberi kesedaran kepada yang lain supaya jangan memandang mudah arahan PKP ini. Sekarang, kita lebih ke hadapan apabila nasihat polis beri masih diingkar, tindakan untuk menangkap mereka akan dilakukan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai, tinjauan Op COVID-19 di Pulau Gaya pagi kelmarin, Zaini berkata tahap kesedaran sangat baik kerana suasana di kawasan pulau itu lengang.

“Saya membuat tinjauan ke Pulau Gaya berhubung persediaan yang akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama tiga hari bermula Sabtu ini bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk di Kampung Lok Urai yang mana penduduknya seramai 4,000 orang yang akan dibantu oleh pihak polis.

“Alhamdulillah, tahap kesedaran sangat cantik. Namun ketika saya menghampiri ke perkampungan kelmarin, ada pergerakan kerana di atas air, jadi kalau nak bergerak itu perlu menaiki bot. Polis dah nasihatkan mereka terus kekal berada di rumah,” katanya.

   
Email Print