Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Pematuhan PKP di kawasan Pensiangan baik

29th March, 2020

NABAWAN: Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 kalangan masyarakat di kawasan Pensiangan amat baik setakat ini.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Abdul Ghani Datuk Haji Mohd Yassin berkata, masyarakat di kawasan ini patuh dengan PKP atas kesedaran bahawa pencegahan penularan wabak COVID-19 tidak boleh dipandang ringan.

Katanya, kesedaran itu timbul apabila pengumuman dan informasi kerap kali dipaparkan sama ada melalui media elektronik dan cetak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) betapa penting pencegahan penularan wabak COVID-19 yang boleh mengorbankan ribuan nyawa jika ia tidak ditangani dengan bijak seperti yang berlaku di Wuhan China dan kini di Italy.

“Kita berharap pematuhan PKP dikalangan masyarakat di kawasan ini berterusan sehingga tempoh yang telah ditetapkan” katanya selepas meninjau petugas barisan hadapan COVID-19 di sekatan jalan raya Nabawan – Keningau pada Rabu.

Pada hari yang sama Ghani yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut meninjau petugas COVID-19 di Klinik Kesihatan Nabawan.

Semasa tinjauan itu Ghani menyampaikan sumbangan bahan makanan dan air minum kepada petugas sekatan jalan raya dan petugas di Klinik Kesihatan Nabawan.

Selain itu Ghani menyampaikan sumbangan yang sama kepada Masjid Sook, Masjid Nabawan dan Gereja SIB Kampung Kabangawong.

Pada masa sama Ghani memuji pasukan petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas dengan gigih dan semangat juang yang begitu tinggi walaupun menghadapi tugas yang berisiko.

“Kita sebagai pemimpin perlu terus memberi sokongan dan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertugas siang dan malam sepanjang tempoh PKP” katanya. -Oleh: MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print