Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

40 syarikat produk penting di Sabah dapat kebenaran beroperasi

29th March, 2020

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) Sabah berjaya membantu 40 syarikat di negeri ini mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk dibenarkan beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata syarikat berkenaan terdiri daripada syarikat yang menghasilkan barangan penting untuk keperluan harian, terutama makanan dan minuman serta produk berkaitan dengan sokongan perubatan.

“Usaha ini adalah hasil penubuhan pasukan petugas dianggotai pegawai kanan MTI dan wakil kesatuan industri yang bermesyuarat setiap hari bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Madius berkata, MTI sentiasa bersedia memberi bimbingan dan nasihat kepada mana-mana industri yang berhadapan sebarang masalah sepanjang penguatkuasaan PKP.

Beliau turut memaklumkan syarikat ke-40 yang diberi kelulusan beroperasi semasa PKP pada Khamis iaitu Sabah Oxygen Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat penting di negeri ini yang membekalkan gas oksigen untuk tujuan perubatan di semua hospital di negeri ini.

Oleh itu, beliau menasihatkan semua petugas syarikat itu supaya mengambil langkah keselamatan agar terhindar daripada dijangkiti COVID-19.

“Yang kita risau, jika ada staf yang didapati positif, operasi syarikat ini (Sabah Oxygen) mungkin terpaksa dihentikan dan sudah pasti akan menjejaskan pengeluaran bekalan oksigen untuk keperluan petugas kesihatan,” katanya.

Madius turut menyumbang penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman kepada petugas syarikat berkenaan. -Bernama

   
Email Print