Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan

27th March, 2020

TAWAU: Golongan asnaf dan miskin tegar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung yang berdaftar di dalam sistem e-kasih dan Pusat Zakat Sabah (PZS) akan diberi sumbangan barang keperluan makanan.

Sumbangan berkenaan sebagai usaha membantu meringankan beban mereka yang terkesan sepanjang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) yang diumum kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam satu kenyataan kepada media, kakitangan Pejabat Adun Balung bersama Pemaju Mukim Kalumpang dan Pemaju Mukim Balung UPPM Balung mewakili Adun Balung, Datuk Osman Jamal turun padang menyampaikan sumbangan berkenaan.

Sumbangan berbentuk barang keperluan makanan asas seperti beras, gula, tepung, dan minyak masak akan disampaikan kepada ketua kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Mukim Balung dan Kalumpang.

Pada Rabu sebanyak 4550 kilogram (Kg) beras, dan masing-masing 910 kg tepung, gula dan minyak masak diagihkan kepada golongan yang memerlukan itu.

Dun Balung berharap sumbangan itu akan dapat membantu mereka menjalani PKP dengan lebih berkesan dan dalam masa sama semua masyarakat di Dun berkenaan dinasihat terus mematuhi PKP dan sentiasa menjaga kesihatan serta kebersihan.- OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print