Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter

27th March, 2020

OLEH RIZALMI LIMAN

KENINGAU: Kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan barangan keperluan harian khususnya kepada penduduk luar bandar tanpa mengira fahaman politik dan pegangan agama.

Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata, bantuan kepada penduduk luar bandar khususnya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan adalah untuk semua penduduk daerah berkenaan tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan agama serta ianya disalurkan secara berperingkat.

Katanya, bantuan itu disampaikan bagi membantu penduduk-penduduk di luar bandar berikutan sumber pendapatan mereka yang terjejas atau tidak dapat ke pekan untuk membeli barang keperluan harian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Hari ini (kelmarin) adalah hari ketiga berturut-turut kita membantu semua penduduk di luar bandar dan kali ini giliran kawasan Dewan Undangan Negeri Bingkor dan Liawan untuk kita menyerahkan bantuan dan bantuan lain akan menyusul kemudian.

“Kebanyakan daripada penduduk-penduduk kita di luar bandar ini mengehadkan pergerakan mereka keluar daripada rumah dan bantuan yang kita salurkan ini akan kita perbanyakan lagi bagi membolehkan semua penduduk-penduduk kita menerima bantuan ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media, di pekarangan Pejabat Daerah di sini pada Rabu selepas menyampaikan barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada penduduk-penduduk kampung di daerah ini.

Mengulas berkenaan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Rabu berkata, beliau menyifatkan pakej bantuan itu sebagai menyeluruh terutamanya dapat membantu penduduk-penduduk di luar bandar.

“Pakej ini adalah antara pakej yang begitu baik, baik untuk masyarakat negeri ini di mana ia menyeluruh untuk membantu terutamanya penduduk-penduduk yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap, tidak mempunyai sumber-sumber yang membolehkan mereka menampung keperluan asas keluarga mereka.

“Saya juga berharap agar jawatankuasa- jawatankuasa yang telah diamanahkan agar dapat menjalankan dan mengagihkan bantuan ini dengan saksama tanpa mengira parti politik dan agama, mereka haruslah dibantu oleh kerana mereka juga layak untuk dibantu sebagai rakyat nagara ini dan negeri ini,” jelasnya.

Terdahulu Shafie telah mengumumkan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah yang berjumlah RM670 juta bagi membantu mengurangkan kesan negatif COVID-19 kepada rakyat negeri ini.

Pada penyampaian bantuan itu, Peter turut menyampaikan bantuan kewangan, topeng penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman bagi keperluan para petugas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pusat Kawalan Operasi Daerah Keningau yang disampaikan kepada Pengerusinya merangkap Pegawai Daerah Keningau, Hassan Mahali.

Hadir sama pada penyerahan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan, Rasinin Kautis.

   
Email Print