Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin

27th March, 2020

RANAU: Pemimpin di peringkat kampung di daerah ini khususnya kawasan Paginatan diminta menyebarkan kesedaran untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kalangan penduduk sehingga 14 April ini untuk membendung penyebaran virus Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata, perintah telah diberikan kepada semua pemimpin akar umbi di sini untuk memastikan tiada lagi penduduk kampung yang dijangkiti virus itu.

“Kita perlu mengambil serius perkara ini. Kita telah melihat apa yang berlaku sekarang di negara-negara lain seperti Itali di mana penduduknya tidak serius mengenai virus itu sejak mula menyebar di kawasan mereka.

“Untuk itu, semua Ketua Kampung dan MPKK di daerah Paginatan harus bekerja bersama dengan pihak berkuasa untuk memastikan semua orang tinggal di dalam rumah.

Selain itu, pemimpin masyarakat tempatan juga diberitahu untuk mendirikan notis agar tidak membenarkan orang luar memasuki kampung mereka,” katanya.

Abidin berkata, beliau sedih mengetahui bahawa sudah ada kes positif di Ranau, dan dengan itu merayu kepada penduduk Daerah Ranau supaya berhati-hati dan mematuhi PKP dan arahan dari Kementerian Kesihatan.

“Pertama sekali, tinggal di dalam rumah. Tidak perlu pergi ke pekan kecuali untuk kes-kes yang mendesak. Jika keluar, pakai face mask. Tidak perlu bertemu rakan-rakan. Kerajaan telah mengeluarkan PKP untuk kita duduk diam di rumah dari 18 hingga 31 Mac.

“Kedua, amalkan kebersihan anda dan kerap mencuci tangan. Elakkan berjabat tangan dengan orang lain. Elakkan daripada berkumpul di luar. Pastikan kita berdiri satu meter di antara satu sama lain ketika berada di luar,” katanya. -Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print