Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 BM

Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19

27th March, 2020

KOTA KINABALU: Sebagai langkah menangani penularan wabak COVID-19, kerajaan Sabah mengeluarkan beberapa lagi arahan baharu hari ini termasuk arahan kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan bagi semua individu dan pelajar dari luar negara yang masuk secara terus ke Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata manakala bagi mana-mana pelajar atau orang awam yang balik dari luar negeri ke Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dikenakan Stay Home Notice dan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Sabah COVID-19 Command Centre kelmarin juga ingin memaklumkan bahawa bantuan makanan kepada golongan yang terjejas secara langsung oleh wabak berkenaan di seluruh Sabah telah mula diagihkan sejak jam 3 petang, semalam.

“Sebahagian besar daripada bantuan ini dijangka akan dapat diterima oleh kumpulan sasar pada hari ini manakala bagi selebihnya, bantuan akan disampaikan dalam tempoh yang terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Pada masa yang sama, Safar berkata Pembayaran Elaun Bantuan Khas One-Off RM500 kepada golongan miskin dan miskin tegar akan dibayar secara dalam talian (online) mulai kelmarin, oleh semua Pejabat Daerah di seluruh Sabah.

“Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dilakukan secara tunai manakala pembayaran Bantuan Tunai One-Off RM300 kepada golongan berpendapatan rendah B40, atau golongan yang terjejas teruk, iaitu yang terdiri daripada pemandu teksi, petani, pekebun, nelayan, penternak, malim gunung dan porter serta pemandu pelancong bebas akan dibayar secara online ke akaun bank masing-masing bermula hari ini,” katanya.

Beliau berkata bagi kumpulan vulnerable seperti warga tua, anak-anak yatim, orang kelainan upaya yang melibatkan seramai 62,638 orang dan ibu tunggal seramai 6,500 orang di seluruh Sabah dijangka akan menerima Bantuan One-Off RM300 secara online ke akaun bank masing- masing bermula esok (hari ini),” tambahnya.

   
Email Print