Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 BM

Pusat Kawalan Operasi Tambunan tetapkan kawasan sekatan jalan raya lebih sesuai

26th March, 2020

TAMBUNAN: Pusat Kawalan Operasi Daerah Tambunan menetapkan kawasan sekatan jalan raya yang lebih sesuai dalam mengawal orang awam daripada keluar masuk ke daerah ini.

Pengerusinya, Jumain Abdul Ghani berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah Tambunan telah mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk sekatan jalan raya bagi memastikan tiada seorang pun yang masuk ke daerah ini melalui jalan tikus.

“Bagi kawalan jalan raya di sekitar daerah ini, kita telah membuat satu perubahan yang besar untuk kedudukan sekatan jalan raya dan beberapa jalan juga telah kita tutup.

“Tujuannya adalah untuk memudahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengawal jalan berkenaan dari arah Keningau dan Kota Kinabalu daripada memasuki Daerah Tambunan, dengan ini akan secara keseluruhannya kemasukan akan dapat dikawal.

“Selain itu, beberapa jalan tikus yang menjadi laluan masyarakat luar untuk memasuki Daerah Tambunan juga akan dapat kita kawal,” katanya ketika ditemui media, di Pejabat Daerah Tambunan, di sini pada Selasa.

Tambahnya, beliau turut menghargai usaha pihak agensi-agensi yang terlibat yang memberikan kerjasama yang amat baik bersama-sama mengawal wabak COVID-19 daripada merebak ke daerah ini.

Katanya, begitu juga dengan pengusaha-pengusaha seperti pasar raya, stesen minyak yang sentiasa memberikan kerjasama dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Operasi daerah ini. OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print