Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 BM

Kementerian Pembangunan Infrastruktur siap sedia guna plan B atasi masalah bekalan air

26th March, 2020

TAMBUNAN: Kementerian Pembangunan Infrastruktur bersiap sedia menggunakan pelan B bagi mengatasi permasalahan bekalan air kepada pengguna sekiranya bekalan air terputus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Peter Anthony berkata, permasalahan bekalan air ini disebabkan oleh keadaan cuaca kemarau ketika ini menyebabkan paras air sungai di loji-loji air semakin kering.

Katanya, seperti yang dihadapi penduduk di 11 buah kampung dalam Mukim Bingkor termasuk taman perumahan selain beberapa buah kampung di Daerah Nabawan dan Tambunan yang turut mengalami masalah bekalan air.

“Saya telah mengarahkan kesemua jurutera-jurutera daerah di kawasan-kawasan seluruh Sabah untuk bersiap sedia untuk pelan B untuk bagaimana kita untuk menghantar keperluan minuman air diberikan kepada semua penduduk-penduduk di seluruh Sabah.

“Kita faham diperingkat jabatan air sememangnya tidak cukup untuk menghantar menggunakan lori oleh kerana kita memang kekurangan tetapi dengan kerjasama pihak Bomba, Majlis Daerah dan sumber lain yang telah saya benarkan untuk digunakan pada ketika ini, disebabkan perlunya penghantaran di semua tempat.

“Saya mohon kepada penduduk-penduduk kampung ataupun daerah yang masih belum mendapatkan air supaya segera menghubungi jabatan-jabatan air di daerah atau terus menghubungi pegawai daerah bagi bantuan pembekalan air dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan kewangan daripada kerajaan negeri sejumlah RM20,000 kepada Pusat Kawalan Operasi COVID-19 di Pejabat Daerah Tambunan, di sini pada Selasa.

Jelas beliau lagi, selain masalah bekalan air yang dihadapi, rakyat negeri ini juga berdepan dengan masalah kekurangan bekalan topeng muka dan cecair pembasmi kuman memandangkan bekalan berkenaan juga amat penting bagi memastikan kesihatan rakyat terus terjamin berikutan penularan pandemik COVID-19 ini.

Oleh itu, beliau berharap agar kerajaan diperingkat Persekutuan dapat membekalkan keperluan ini lebih banyak kepada rakyat negeri ini.

Sementara itu, bagi penduduk yang terjejas berharap agar permasalahan bekalan air dapat diatasi secepat mungkin.

Bagi Awil Ugoh, penduduk kampung Bingkor Lama berkata, kampung itu sangat terkesan apabila berlaku masalah bekalan air bersih kerana terdapat beberapa faktor dan diharap pihak berwajib dapat meninjau punca utama masalah air di kampung ini.

Sementara itu, bagi Arimzie Gajadli, Penduduk kampung Kampung Linggawon berkata, masalah air di Mukim Bingkor ini diharap dapat diatas oleh pihak berwajib untuk jangka masa panjang.

Pada lawatan itu, kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan makanan harian kepada penduduk kampung di daerah Tenom, Nabawan dan Tambunan serta Daerah Kecil Kemabong dan Sook untuk keperluan pada PKP ini. OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print