Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 BM

Jenazah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan selamat dikebumikan

26th March, 2020

KOTA KINABALU : Jenazah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan, Tun Ahmadshah Abdullah iaitu Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang -Orang Bajau Kampung Inanam Laut dekat sini, pada jam 11.45 pagi kelmarin.

Allahyarhamah Dayang Masuyah yang koma selama tujuh bulan akibat serangan angin ahmar, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, pada Selasa.

Tun Ahmadshah yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengiringi jenazah isterinya menerusi pesawat MAS (MH 2638), tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 8.50 Selasa malam, sebelum dibawa balik ke kediamannya di Likas.

Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan solat jenazah dipimpin oleh Imam Masjid Tun Ahmadshah, Zakaria Muid.

Selain suami, Allahyarhamah Dayang Masuyah meninggalkan tiga anak lelaki dan seorang perempuan serta sembilan cucu.

   
Email Print