Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 BM

PBBS sumbang 157 kotak mineral pada barisan hadapan COVID-19

26th March, 2020

BEAUFORT: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) telah menyumbangkan sebanyak 157 kotak mineral kepada barisan hadapan sebagai komitmen persatuan untuk membantu membendung penularan wabak COVID-19.

Daripada jumlah berkenaan 52 kotak diserahkan kepada Balai Polis Beaufort dan 55 kotak lagi diserahkan kepada Hospital Daerah Beaufort.

Ketika penyampaian di Balai Polis Beaufort disampaikan oleh Timbalan Presiden PBBS, Haji Ruslan Muharam kepada wakil OCPD Beaufort. Sementara Hospital Daerah Beaufort diterima oleh Dr. Cyntia Loo Timbalan Pengarah Hospital Daerah Beaufort.

Ketika majlis penyerahan ringkas berkenaan Timbalan Presiden menyarankan agar “akan ada lagi agensi-agensi lain berbuat demikian sebagai salah satu peranan dan sumbangan ketika negara diancam oleh wabak yang semakin menular masa kini,” katanya.

Presiden PBBS Datuk Seri Haji Lajim Haji Okin Presiden PBBS yang dihubungi mengatakan sumbangan di bawah Biro Kebajikan PBBS itu bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada petugas terutamanya PDRM dan KKM dalam menghadapi situasi sekarang dan diharapkan agar program ini menjadi pemula kepada sumbangan daripada agensi-agensi lain.

Menurut jurucakap program berkenaan Banjamin Hj Atin yang juga Setiausaha PBBS mengharapkan agar sumbangan yang sedikit daripada persatuan ini dapat meringan bebanan para barisan hadapan di daerah ini khususnya keperluan yang berkaitan dengan air mineral”, katanya.

“Bukan pertama kali kami menyumbang dalam situasi ini kerana sebelum ini ketika banjir dan kemarau juga PBBS ada melakukan sumbangan dan walaupun dalam skala yang kecil tetapi semoga sumbangan ini akan membantu dan menyemarakkan lagi rasa tanggungjawab sosial khususnya kepada negara yang sedang diancam oleh wabak COVID-19 ketika ini”, tambahnya.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Haji Ruslan Muharam Timbalan Presiden PBBS, Haji Jamaludin Musleh Naib Presiden PBBS, Banjamin Hj Atin Setiausaha PBBS, serta AJK tertinggi Persatuan Bisaya Bersatu Sabah.

   
Email Print