Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 EDUCATION

Ibubapa perlu faham peranan PIBG: Raisin

20th March, 2020

OLEH JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin berkata, ibu bapa perlu memahami peranan dan tanggung jawab Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah.

Beliau berkata, PIBG diwujudkan bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru tetapi juga untuk membina persefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam meningkatkan mutu dan kualiti murid di sekolah.

“PIBG diwujudkan tidak hanya semata-mata untuk permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah, tetapi yang penting mampu bekerjasama dalam melahirkan murid yang berkualiti dan seterusnya menghasilkan sekolah yang cemerlang dalam akademik”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Pekan Dua yang diadakan di sekolah itu baru-baru ini.

Raisin turut memuji perjalanan mesyuarat yang disifatkannya sebagai professional dengan kehadiran ibubapa yang luar biasa sekalipun ia diadakan pada waktu bekerja.

“Syabas mesyuarat berjalan begitu teratur dan menunjukkan tertib dalam pemilihan AJK yang baharu dan saya yakin sekolah ini akan terus cemerlang dalam pelbagai bidang dengan adanya sokongan padu daripada ibu bapa” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Pekan Dua yang juga Penasihat PIBG, Dayang Hajah Dayang Damit @ Saidah Haji Md Yassin mengharapkan jawatankuasa baharu yang dipilih dapat memainkan peranan dan memahami batasan kuasa PIBG yang perlu dipatuhi seperti yang terkandung dalam surat pekeliling Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Beliau juga mengingatkan ibu bapa, kecemerlangan anak-anak (murid) sebenarnya bermula daripada didikan ibu bapa dan ibu bapalah yang akan menentukan anak-anak terdidik dengan nilai-nilai murni.

“Tanggungjawab dalam menentukan keperibadian anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa… dalam konteks ini PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk membantu guru dalam melahirkan murid yang berkualiti bukan sahaja di sekolah tetapi juga di luar sekolah” katanya.

Turut diadakan pada majlis itu perjanjian persefahaman (MoU) antara SK Pekan Dua dengan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) yang antara lain bertujuan untuk membantu murid sekolah itu dalam bidang sukan bolasepak.

Majlis menandatangani persefahaman itu telah diwakili oleh Presiden LAFA, Supian Said dengan Guru Besar SK Pekan Dua, Hajah Dayang yang disaksikan oleh Raisin.

Sementara itu, Puan Annur Hussin di pilih sebagai Yang Di Pertua PIBG SK Pekan Dua sesi 2020/2022, Naib Yang Di Pertua disandang oleh Irham Hamid, Setiausaha, Cikgu Nuraini Awang Besar dan jawatan Bendahari di sandang oleh Cikgu Kanagarajah.

Hadir sama, Ketua Masyarakat Kaum India, Datuk Ramasamy a/l Rengasamy, mantan Yang Di Pertua PIBG SK Pekan Dua Hajah Rohana Yassin, Ketua Kampung Gersik, Osman Kadir, Pegawai Perhubungan Polis SK Pekan Dua, Sarjan Mejar, Hussien Sulaiman.

   
Email Print