Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 EDUCATION

UMS tawar Program Asasi Agrisains dan Asasi Teknologi Maklumat bermula Jun

17th March, 2020

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mula menawarkan Program Asasi Agrisains dan Asasi Teknologi Maklumat, dengan pengambilan kumpulan pelajar pertama akan bermula pada Jun tahun ini.

Kedua-dua program tersebut yang akan dilaksanakan di Pusat Asasi Sains di kampus UMS Kota Kinabalu direka bentuk khusus bukan sahaja kepada pelajar yang mengambil bidang sains malah turut membuka peluang kepada pelajar dari aliran bukan sains, pelajar-pelajar dari kumpulan B40 serta yang berada di pedalaman negeri Sabah untuk memohon.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr Rasid Mail ketika mengetuai rombongan UMS mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat Pengarah Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah, Bahiwata Sayangan Hj Mulia di Tingkat 7, Menara Tun Mustapha.

Menurut Prof. Dr Rasid, ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri Sabah dalam usaha meningkatkan lebih ramai tenaga pakar dan usahawan muda yang boleh menyumbang kepada sektor pertanian, perhutanan, agrikultur dan teknologi maklumat.

“Program Asasi Agrisains adalah ‘feeder’ kepada program-program akademik yang berteraskan pertanian, perhutanan dan akuakultur di Fakulti Pertanian Lestari (FPL) dan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) di UMS.

“Program ini secara langsung dapat memenuhi aspirasi kerajaan negeri menyediakan tenaga pakar yang berpengetahuan dalam memacu bidang pertanian dan meneruskan pelaksanaan dasar pengurusan hutan mapan serta pelan pembangunan industri dalam meningkatkan keupayaan ekonomi negeri Sabah,” kata Prof. Rasid.

Program Asasi Teknologi Maklumat pula katanya adalah sebagai ‘feeder’ kepada program-program akademik yang berteraskan Teknologi Maklumat dan Sains Komputer di Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), yang secara langsung bakal memenuhi kuota pelajar kemasukan UMS seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi memandangkan terdapat penurunan bilangan pelajar yang berminat dalam bidang berkenaan.

“Sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0, program ini bakal memberi impak yang sangat positif kepada kebolehpasaran graduan.

“Program Asasi Agrisains dilaksanakan secara sepenuh masa dalam tempoh dua tahun yang merangkumi kaedah konvensional iaitu sesi kuliah, tutorial dan praktikal, pembelajaran teradun, pembelajaran berasaskan masalah dan juga latihan praktikum.

“Manakala, Program Asasi Teknologi Maklumat dilaksanakan dalam tempoh satu tahun merangkumi kaedah kuliah, tutorial, kerja makmal, dan pengkomputeran,” jelas Prof. Rasid.

Dalam pada itu, Prof. Rasid memaklumkan kunjungan rombongan UMS ke Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah adalah salah satu usaha pihak UMS untuk mendapatkan tajaan daripada pihak-pihak berkaitan untuk para pelajar yang berkelayakan yang bakal memasuki program asasi itu kelak.

Turut serta dalam rombongan UMS ialah Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Sazmal Effendi Arshad; Pengarah Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf, Dr. Rafiq Idris; Timbalan Pengarah PPST, Dr. Sitty Nur Syafa Bakri; dan Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, Dr. Jakaria Dasan.

   
Email Print