Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Four Points by Sheraton Hotel in Sandakan closing down |  HSBC Malaysia supports glove manufacturers |  SMEs' presence on online business pages intensifies amidst COVID-19 |  A Malaysian Chiropractor’s Journey to a Successful Career |  Malaysia nakahantoi minomuuan mitingan upisol takavas APEC |  174 hamin sambayang okon Islam noukab mahik ontok ko 10 Vuhan Koonom |  Piahanan polinta nontodonon kaambanan kapanadaan projik Pan Borneo |  KeTSA tawarkan 1,000MW kuota Solar bawah Program LSS@MenTARI |  MEF gesa majikan berhenti ambil PATI sebagai pekerja |  Tiada laluan tikus baharu dikenalpasti di ESSZONE sepanjang PKP |  Labuan FSA yakin Labuan IBFC catat pertumbuhan berterusan |  MPT sahkan terima dua aduan pelanggaran SOP premis makanan |  Percepatkan pelaksanaan projek Pan Borneo, kata Abd Rahim |  Kurniawan hoping for Super League restart |  Failure to produce MyKad lands man two months’ jail | 
 EDUCATION

Program i3S bakal diperluas penggunaannya ke Labuan

13th March, 2020

Oleh: JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Program i3S (Intergrated School Support) iaitu sistem kehadiran sekolah dan sistem pembayaran elektronik bebas tunai yang sudahpun dilaksanakan di 60 buah sekolah di Selangor dan Johor bakal diperluaskan penggunaannya di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelaksanaan program ini akan dilaksanakan oleh Syarikat Winner Touch dengan sokongan Jabatan Pendidikan Labuan telah memilih SMK Labuan sebagai sekolah perintis pelaksanaan program tersebut yang akan dilancarkan pada April depan.

Pengarah Winner Touch, Mohd Fahiz Izzat Abdullah, berkata i3S adalah akronim bagi Sistem Pengurusan Sekolah Bersepadu (Sistem Pengurusan Murid) yang menyediakan kad pengenalan pelajar untuk mengambil kehadiran pelajar ke sekolah secara automatik dan membuat bayaran sekolah dengan lebih mudah.

“Selain itu pelajar yang sudah mendaftar dengan i3S boleh membuat pembayaran tanpa tunai di kantin dan juga koperasi sekolah yang secara langsung dapat dipantau oleh ibu bapa dan penjaga selepas membuat pendaftaran melalui aplikasi yang disediakan” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pelancaran i3S, Sistem Kehadiran dan Sistem Pembayaran Elektronik Bebas Tunai di Sekolah Seluruh Labuan yang diadakan di salah sebuah hotel dekat sini, pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Urusan Syarikat Winner Touch, Siew Teck See.

Mohd Fahiz berkata, ketika ini program i3S sudahpun dilaksanakan di seluruh sekolah di Selangor dan Johor selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Di Labuan kami telahpun mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Labuan dan SMK Labuan merupakan sekolah yang kami pilih sebagai perintis yang kita akan dilancarkan pada bulan April tahun ini” katanya.

Beliau berkata, antara lain objektif pelaksanaan i3S ini untuk meringankan beban pengurusan pelajar di setiap sekolah dan pada sama mendedahkan generasi muda kepada pengalaman pembayaran tanpa tunai yang telah pun diamalkan di negara-negara maju.

“Kami di Winner Touch akan terus berusaha untuk menyediakan teknologi dan perkhidmatan i3S sebagai satu sistem yang yang boleh dipercayai dan juga sesuai untuk digunaka dengan selamat” katanya.

   
Email Print