Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 EDUCATION

Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin

28th February, 2020

MEMBAKUT: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif berharap momentum kejayaan kelulusan 100 peratus dua buah sekolah menengah di daerah ini SMK Membakut dan SMK Membakut II dalam STPM 2019 wajar dipertahankan serta dipertingkatkan.

Katanya kejayaan ini membuktikan pelajar luar bandar juga mampu bersaing dengan pelajar di kawasan bandar jika mereka fokus dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran.

Selain itu tambah beliau komitmen sekolah ,guruguru ,pelajar disamping sokongan serta kerjasama daripada ibu bapa pelajar yang menjadi penggerak kepada kejayaan yang cukup membanggakan ini.

’ Sebagai pemimpin di kawasan ini saya cukup berbangga dengan kejayaan ini selaras dengan gagasan ” membangun dengan ilmu” sebagai fokus utama saya dalam menyediakan modal insan yang berkualiti dan cemerlang bagi mendepani cabaran pada masa akan datang” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke dua dua buah sekolah ini selain menyampaikan sumbangan tahunan untuk sekolah dan PIBG dan hadiah galakan kepada sekolah terbabit yang mendapat keputusan 100 peratus STPM dekat sini baru-baru ini.

Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan ini ,beliau amat menghargai kesungguhan guru guru yang mendidik selain tumpuan pelajar sehingga membawa kepada kejayaan yang membanggakan bagi daerah Membakut.

Menurut beliau apa yang lebih membanggakan seorang pelajar dari SMK Membakut II Alexander Paulah adalah antara pelajar terbaik Sabah dalam STPM 2019

” Pada masa akan datang sudah tentu kita ingin menonjolkan lebih ramai lagi pelajar seperti beliau (Alexander) bagi mencapai tahap keputusan cemerlang dalam peperiksaan bukan sahaja STPM juga SPM dan PMR” tambah Arifin.

Menurut Arifin yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kimanis kebanyakan pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik disebabkan mereka berjaya mendisplinkan diri semasa belajar selain rajin mengulang kaji di rumah dan memanfaatkan kemudahan lain seperti internet untuk memperolehi rujukan tambahan.

Tambah Arifin sumbangan tahunan dari peruntukan ADUN untuk kegiatan sekolah dan PIBG akan diteruskan untuk dimanfaatkan oleh pihak sekolah dan PIBG untuk kegiatan kurikulum dan Ko-Kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah

“ Saya melahirkan harapan melalui sumbangan tahunan ini turut memberikan anjakan kepada kecermalangan pendidikan di daerah ini” katanya.

   
Email Print