Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 BM

JPKA cari waris bayi lelaki

28th February, 2020

KENINGAU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) sedang mencari ibu bapa kandung, atau ahli keluarga atau waris kepada bayi lelaki yang dijaga oleh seorang wanita.

Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Keningau Bil Suhud Mohamad berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada wanita bernama Puan Joanna Carbon, beliau mengenali ibu kandung bayi lelaki ini sekitar bulan Disember 2019 di pekan Keningau dan telah menjaganya sehingga bersalin di rumahnya di Jalan Masak Batu ½ Keningau pada 8 Februari 2020.

Katanya, ibu kandung bayi hanya dikenali sebagai Nancy Ramerez berumur 35 tahun berkemungkinan berwarganegara Filipina tetapi tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurut wanita itu katanya, ibu kandung bayi telah meninggal dunia pada 8 Februari 2020 dan dikebumikan di tanah perkuburan batu 6, Jalan Keningau – Sook.

“Bayi telah dibawa ke Hospital Keningau dan telah diberikan rawatan yang sewajarnya sepanjang berada di wad Special Care Nursery / Neonatal Intensive Care Unit” katanya.

Jelasnya, pihak JPKA Keningau telah mengambil langkah perlindungan sementara dengan menempatkan bayi di Tempat Selamat melalui perintah Mahkamah Majistret / Seksyen Keningau bertarikh 25 Februari 2020.

Bil Suhud memberitahu, mereka yang mengenali atau mengetahui sebarang maklumat berkenaan dengan ibu bapa kandung atau ahli keluarga atau waris kepada bayi ini boleh menghubungi terus Pelindung Kanak-Kanak di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Keningau di talian 087- 331 224 atau hadir sendiri ke pejabat.

Umur bayi berkenaan semasa dirujuk kepada Pelindung Jabatan Kebajikan adalah 10 Hari dan sehingga kelmarin (Khamis) bayi itu yang dalam keadaan sihat itu berumur 20 hari. -Oleh: MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print