Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 BM

Penduduk Kg Gana-Gana rayu kerajaan naiktaraf j-raya

27th February, 2020

RANAU: Penduduk Kg. Gana-Gana dan kampung-kampung sekitarnya, merayu kerajaan menerusi Syarikat Globinaco supaya menaiktaraf jalan raya menuju ke kampung berkenaan untuk kemudahan mereka menghantar hasil pertanian ke pekan Ranau.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg.Gana-Gana, Witrinia Binti Kimin mewakili penduduk memberitahu jalan raya sejauh 2 kilometer dari Jalan raya Utama Ranau-Tambunan menuju kampung itu telah mula dibina sejak tahun 1980-an kini sudah rosak teruk dan masalah tersebut sudah banyak kali di bawa ke pengetahuan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, tetapi alasannya Syarikat Globinaco yang bertanggungjawab.

“Kami serba salah, sama ada JKR yang bertanggungjawab atau syarikat Globinaco,” jelas Witrinia ketika menghubungi Media kelmarin.

Menurutnya, ratusan penduduk dari bebarapa buah kampung sekitar seperti Kg. Giring-Giring, Kg. Gaur, Kg. Nampasan dan Kg. Bayag turut menggunakan jalan raya itu yang kini semakin mengalami kerosakan teruk.

Witrinia mendedahkan, sudah banyak kali penduduk bergotong-royong membaiki kerosakan jalan raya tersebut namun, tidak bertahan lama kerana memerlukan sistem perparitan yang lebih sempurna.

“Sudah banyak kenderaan penduduk rosak kerana laluan jalan raya itu yang berselekoh tajam, curam dan sudah berlubang-lubang,” jelasnya sambil memberitahu jumlah penduduk Kg.Gana-Gana kini mencecah 339 orang.

Beliau terpaksa mendedahkan masalah itu kepada Media atas desakan dan saranan penduduk yang mahukan pembangunan projek infrasuktur demi keselesaan dan keselamatan mereka.

   
Email Print