Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 BM

Tiga pelajar SMK Arshad K. Belud terpilih sertai rombongan ke Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Jerman

27th February, 2020

KOTA KINABALU: Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad, Kota Belud telah terpilih bersama-sama rombongan dari Malaysia untuk menyertai Program Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Nuremberg, Jerman.

Program tersebut merupakan anjuran Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Kementerian, Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Yayasan Hijau Malaysia.

Ketiga-tiga pelajar tersebut Rose Atilah Roslie, Evlyn Shery Asegali dan Azirah Nabella Wandy akan berada di Jerman sehingga 29 Februari ini.

Mereka telah diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan Datuk Japlin Akim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum berlepas baru-baru ini.

Hadir sama Pengetua SMK Arshad Kota Belud, Zuaraidah Salleh, Pengerusi PIBG SMK Arshad Kota Belud Hasrinawati Datuk Golkhan, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Mistirine Radin dan Pegawai Pendidikan Daerah Mohd Fadzil Abd Rozan.

Japlin turut mengucapkan tahniah kepada pelajar tersebut dan beliau berharap pelajar itu kan menggunakan ilmu yang dipelajari ketika berada di Jerman, kerana negara Jerman turut diiktiraf sebagai peneraju dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.-OLEH NOOR ZAFIRA SHAFIE

   
Email Print