Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah keluar arahan baharu tangani COVID-19 |  STA postpones AGM |  M-League faces long layoff - FAM |  Action teams to deliver food assistance to Tanjung Aru constituents |  Allow private sector to stop mandatory EPF contributions, calls MATTA |  COVID-19 death rate in Malaysia at only 1.1 per cent |  81 layat M'sia, puu paganakan mantad Itali nokoikot |  Popohuzung tuutulus polinta sakadai balang kogunaan |  Combining culinary skills with dietetics to promote healthy diets |  COVID-19: AirAsia group suspends most international flights |  Petrol retailers affected by weak fuel prices, MCO |  Adun Balung akan serah sumbangan pada golongan memerlukan |  K'jaan negeri teruskan hulur bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk luar bandar: Peter |  Pemimpin akar umbi diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin |  JaPen Labuan perhebat IOW bersama agensi lain | 
 Leisure

Sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua

27th February, 2020

KAMI sampai di Dewan Hotel KPPMS Seria sekitar jam 8:30 malam, sudah terlalu lewat ke Majlis Makan Malam KPPMS yang dijadualkan bermula jam 7:45 malam. Menyambut kami dengan sabar, Yang Mulia Haji Ahmad bin Haji Hassan, Pengerusi Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Seria. Majlis dimulakan Juruacara Majlis Puan Sosonjan A. Khan, mengacara dalam bahasa Melayu Brunei yang diselang-selikan dengan dialek Kadazan. Walau cakap sedikit, aku yakin dia fasih berbahasa Kadazan, menguatkan sangkaan aku bahawa dia Sabahan tetapi menetap di Brunei Darussalam, entah sudah berapa lama. Katanya, aku antara nama besar dalam Momogunsia.

Ini aku tidak akun. Ini bunga-bunga bahasa juruacara, sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua, penat memandu dan singgah sana sini seawal jam 6 pagi tadi.

Seperti hotel lain di mana-mana juga memang ada taklimat keselamatan. Hotel itu yang agak berusia pun ada juga.

Nombor bilik aku 106 di tingkat satu, hanya beberapa langkah daripada reception. Jika ada kebakaran, selamat juga. Selain cepat dikejutkan reception, tangga utama tidak jauh. Tangga bikinan dulu-dulu, agak curam tetapi tidak mengapa. Time kecemasan, boleh sahaja mengelengsur. Jika terjatuhpun, setakat benjol di sana sini sahaja, kira ok juga.

Dalam ucapan aluannya, Ahmad bilang Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Seria (KPPMS) ditubuhkan pada tahun 1966. Pengasasnya ialah sekumpulan belia yang bekerja dalam industri minyak dan gas. Menyedari tidak ramai Orang Melayu terlibat dalam perniagaan, mereka pujuk kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga untuk tubuhkan koperasi. Sesudah melalui pelbagai halangan, Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Seria ditubuhkan, namun cabaran utama koperasi baru ini ialah membida sebidang tanah yang terletak di tengah-tengah bandar Seria di Jalan Bunga Kening.

Akhirnya koperasi ini berjaya menjalankan perniagaan styesen bahan api yang sehingga kini berterusan memberikan pendapatan tetap kepada KPPMS. Tidak berpuas hati dengan kejayaan perniagaan semasa, pemegang-pemegang saham koperasi mencadangkan supaya aktiviti perniagaan dipelbagaikan, antaranya membangunkan sebuah hotel di bandar Seria, iaitu kemudahan yang belum ditawarkan di bandar minyak Seria itu. Akhirnya hotel 24 bilik yang dilengkapkan dengan ruang mesyuarat dan kedai runcit menjadi kenyataan dalam tahun 1998.

   
Email Print