Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Kontraktor baru mungkin dilantik siapkan selenggara jalan Sinar Jaya

19th March, 2010

Kontraktor baru mungkin dilantik untuk menyiapkan kerja-kerja menyeleggara jalan Sinar Jaya, Bukit Garam, Kinabatangan.

Jurutera dari kontraktor utama berpejabat di Sandakan memberitahu perkara ini kepada Actionline berhubung jalan rosak disampaikan oleh seorang pengadu yang tinggal di kampung Tanjung Bulat.

B, mengadu pengguna jalan yang terdiri dari orang-orang kampung yang tinggal disepanjang jalan berhadapan dengan keadaan jalan raya yang tidak rata dan berlubang akibat kelewatan pihak kontraktor menyiapkan kerja-kerja membaiki jalan itu.

“Terutamanya apabila banjir yang melanda kampung kami bulan lepas, jalan berlumpur sukar dilalui,” katanya menambah dahulu jalan Sinar Jaya diaspal dengan tar oleh kontraktor tetapi tidak bertahan lama.

“Kerja-kerja mengaspal diselenggara oleh pekerja-pekerja kontraktor dan tidak menggunakan mesin, tetapi keadaan jalan yang disimpan tar tidak tahan lama dan kemudian rosak sehingga ke hari ini ditambah lagi dengan lubang lubang besar merosakkan kenderaan kami yang melalui jalan ini setiap hari,” katanya.

Menurut B lagi, batu-batu yang telah ditaburkan oleh kontraktor beberapa bulan lalu sebelum dan selepas banjir hanya dibiarkan di bahu jalan tanpa mengambil apa-apa tindakan.

“Sepatutnya, kerja-kerja membaiki jalan gravel Sinar Jaya dimulakan segera dan selepas saja batu-batu ini ditabur, tetapi mengapa kontraktor membiarkan saja batu itu di tepi jalan tanpa membuat apa-apa tindakan,” katanya.

Disebabkan itu selepas banjir melanda, batu-batu yang sudah bertaburan dan pada awalnya diletakkan di bahu jalan oleh kontraktor digunakan oleh penduduk untuk menutup lubang-lubang jalan.

Jurutera yang menjaga kawasan itu berkata pihak mereka akan mengubungi kontraktor asal yang sepatutnya menyiapkan kerja-kerja penyelenggaran jalan Sinar Jaya Bukit Garam.

“Jika contaktor itu sukar untuk dihubungi kami akan melantik kontraktor baru untuk menyiapkan kerja penyelenggaraan itu,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline