Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Bekalan air kepada 7,000 pengguna di Keningau masih cukup

19th March, 2010

KENINGAU: Pembekalan air kepada 7,000 pengguna di daerah ini masih mencukupi, jelas Jabatan Air Keningau. “Kita masih mampu mencatu kira-kira 42MLD sehari, dan ia masih jauh mencukupi,” jelas jurucakap jabatan itu – Dennis Ugau.

Mengakui bahawa musim kemarau mengakibatkan kuantiti air di dua tadahan – Bunsit dan Kg. Keningau, Dennis memberitahu, jabatannya telah menyediakan beberapa pelan tindakan, sekiranya kemerau terus berpanjangan.

Beliau bagaimanapun menasihatkan pengguna supaya lebih berhemah, dan mengamalkan budaya berjimat-cermat mengenai penggunaan air.

“Mengelak daripada membazir air, salah satu daripada langkah penjimatan,” tambahnya.

Wartawan meninjau lokasi tadahan di Kg. Keningau, dan mendapati pembekal air iaitu Sungai Kg. Keningau didapati hampir kering, namun jabatan itu mempunyai kaedah sendiri untuk memastikan bekalan air bersih kepada pengguna tidak terputus.

Tadahan air di Bunsit Bingkor masih beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Pegawai Daerah Keningau Amat Mohd Yusof berkata, beberapa langkah telah disusun untuk memastikan penduduk kampong yang menghadapi masalah kekurangan air, dapat diatasi dengan segera.

“Pejabat saya sedang bertungkus-lumus untuk menangani masalah ini,” jelasnya.

Beberapa minggu ini banyak laporan dan aduan daripada penduduk yang menghadapi masalah kekurangan air .

Menjawab satu soalan, pegawai daerah itu turut menasihatkan penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga, sepanjang musim kemarau ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline