Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

Semua pembakaran terbuka dihentikan sementara berkuatkuasa

19th March, 2010

KOTA KINABALU: Semua aktiviti pembakaran terbuka termasuk untuk tujuan pertanian yang dibenarkan sebelum ini, dihentikan sementara berkuatkuasa serta-merta.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, Abdul Razak Abdul Manap berkata, langkah itu bagi mengelak kejadian kebakaran ekoran cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini sejak bulan lalu.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kita menarik balik kebenaran pembakaran terbuka untuk tujuan pertanian berkuatkuasa serta merta,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas megenai keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini sehingga menyebabkan berlaku peningkatan dalam kejadian kebakaran belukar, lalang dan hutan.

Abdul Razak berkata, JAS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berdegil dan enggan mematuhi arahan tersebut.

Katanya, walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan masih selamat, keadaan itu mungkin berubah jika kebakaran masih berleluasa.

Beliau menambah, JAS banya menerima permohonan untuk melakukan pembakaran daripada petani di Keningau, Kota Belud, Ranau dan Tuaran, tetapi ia tidak diluluskan.

“Oleh itu petani diminta tidak melakukan tindakan sebaliknya kerana kita akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Abdul Razak berkata, pemimpin di peringkat kampung juga diminta supaya memberi kerjasama dengan laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak individu melakukan pembakaran.

“Kita juga minta kerjasama mereka (pemimpin di peringkat kampung) supaya menasihati anak-anak buah mereka supaya tidak melakukan pembakaran buat masa ini bagi mengelakkan kebakaran dan jerebu yang akan menjejaskan kualiti udara,” ujarnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline