Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

UMS-KAL sedia jadi sebuah universiti penuh

18th March, 2010

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) bersedia untuk menjadi sebuah universiti penuh, sekiranya semua pasarana dan keperluan yang dikehandaki untuk menjadi sebuah universiti dapat dipenuhi.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) Prof. Madya Dr. Haji Shariff O.K. Omang berkata, akan tiba masanya nanti UMS-KAL akan mencapai status sebuah universiti penuh jika semua infrastruktur dan pasarana yang diperlukan dapat diwujudkan di kampus ini.

“Selain menyediakan infrastruktur yang mencukupi UMS-KAL juga perlu mengantarabangsakan peranannya sebagai sebuah universiti yang mampu melahirkan modal insan yang berjaya, kreatif dan berinovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Seminar Ulang Tahun ke 10 UMS-KAL yang diadakan di dewan Thearette, UMS-KAL di sini kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Pendaftar UMS-KAL, Kamisah Hussin dan Pengerusi Penganjur Seminar itu, Prof. Madya Dr Norazah Mohd. Shuki.

Terdahulu ketika berucap di majlis itu, Shariff berkata, penubuhan UMS-KAL di pulau ini sejak 10 tahun yang lalu telah berjaya memberikan satu suntikan baru dan revolusi terhadap wajah pembangunan sosio ekonomi Labuan.

Dalam waktu yang sama katanya, UMS-KAL juga telah berjaya melahirkan modal insan yang berilmu, inovatif dan kreatif sekaligus memberikan impak positif ke arah menjana kemajuan negara selaras dengan hasrat kerajaan dalam gagasan 1Malaysia.

“Sejak UMS-KAL diwujudkan pada tahun 1999 hingga ke 2010, sebanyak 11,510 pelajar telah berjaya menjadi graduan dan telahpun mendapat pekerjaan di beberapa syarikat swasta dan kerajaan, selain menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline