Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

Liew nasihatkan rakyat elak cuai akibatkan kebakaran

24th February, 2020

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Rakyat dinasihatkan untuk elak kecuaian yang boleh mengakibatkan kejadian kebakaran berlaku terutama di kawasan penempatan setinggan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk VK Liew turut menasihatkan agar rakyat sentiasa menjaga diri dan keselamatan jiran tetangga, sekiranya mempunyai ahli keluarga kurang upaya atau kanak-kanak elak mereka bermain api.

“Saya nasihatkan semua jaga diri sendiri, keselamatan kita semua sendiri dan pastikan kita juga jaga keselamatan jiran kita, jika tahu mereka adalah orang tua atau OKU atau anak di tinggal oleh ibubapa yang kerja di luar, jangan biar mereka main api,” katanya

Liew berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan wang dan barang keperluan harian kepada mangsa kebakaran Kampung Sheng Kee di PPR Batu Sapi pada Ahad.

Sementara itu, beliau mengulas mengenai tragedi kebakaran di Kg Sheng Kee pada Jumaat lalu hingga mengorbankan seorang ibu bersama dua anaknya, Liew sedih dan mahu rakyat di kawasan berkenaan sentiasa berhati-hati khususnya ketika memasak.

“Sekali lagi tragedi kebakaran di kawasan Batu Sapi berlaku dan kali ini tragedi kematian berlaku.

“Saya sedih dan ini kejadian ketujuh sejak tahun lalu dan ini kali pertama bagi tahun ini… Puncanya saya dimaklumkan semua disebabkan kecuaian ditempat dapur.

“Saya menyarankan kepada semua supaya jaga diri sendiri kerana kebakaran ini kita tidak dapat kawal kerana Batu Sapi ada kampung-kampung yang dihuni ramai dan rumah papan,” katanya lagi.

Tambah Liew, kerajaan akan membantu semampu boleh bagi membina rumah mangsa semula tetapi kena menunggu pihak berkenaan membersihkan lokasi kejadian itu.

Terdahulu, kebakaran itu memusnahkan 20 rumah di kampung dan tiga mangsa yang terkorban pada tragedi itu ialah Afikah Sulaiman, 20, dan anak-anaknya Nurul Katrishah Aiman, berusia tiga tahun, dan Mohd Sharil Aiman, berusia setahun.

Seorang lelaki, difahamkan bapa Afikah, mengalami luka melecur dalam kebakaran jam 6.15 pagi itu dan dirawat di Hospital Duchess of Kent.

   
Email Print