Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Pemuda Umno galak belia ceburi 'Porter'

1703-lead1-9
Gasing dan Faez bergambar dengan para peserta pendakian.

17th March, 2010

RANAU: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ranau menggalakkan para belia yang tidak bekerja menceburi pekerjaan sebagai ‘Porter’ bagi mengelak mereka berhijrah ke Kuala Lumpur.

Ketua pergerakannya, Faez Nordin berkata, dalam tempoh terdekat pihaknya akan menjalankan kajian untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung belia yang belum mempunyai pekerjaan.

“Bidang ini (porter) mampu memberi pulangan pendapatan sehingga RM3,000 sebulan bergantung kepada jenis barangan yang ditawarkan untuk diangkut kepada mereka.

“Kita melihat bidang pekerjaan Porter (mengangkat barang ke Gunung Kinabalu) sesuai jika diusahakan golongan muda yang masih mempunyai tenaga serta keupayaan mengendalikan kerja-kerja ini.

“Ini sudah tentu menjadi barisan pelapis kepada mereka yang sudah berusia dengan menjadikan bidang ini sebagai pendapatan utama mereka,” katanya kepada media selepas pelepasan Pelajar Antarabangsa Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Timpohon Gate, di Kundasang.

Program tersebut dlancarkan oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Gasing Saling yang juga merupakan Pengerusi Biro Pelajaran pergerakan itu.

Para pendaki berkenaan terdiri daripada pelajar-pelajar Antarabangsa yang mewakili 27 buah negara dan program ini juga akan dimasukkan dalam ‘Malaysia Book Of Record’.

Katanya, ketika ini dianggarkan hampir 50-orang porter beroperasi setiap hari tetapi jumlah itu masih diperlukan memandangkan jumlah kedatangan pelancong yang ingin mendaki gunung kinabalu semakin bertambah Dalam perkembangan sama Faez berbangga terhadap inisiatif ibu bapa memberi galakkan serta pendedahan kepada anak mereka berusia seawal tujuh tahun menjadi porter sempena musim cuti sekolah.

“Pendedahan ini harus diberi pujian kerana bukan senang melatih anak-anak mereka terutama wanita berkecimpung dalam bidang porter ini.

“Ini menunjukkan tidak wujud masalah pengangguran serta penghijrahan belia ke kawasan bandar malah hanya bekerja di Ranau dan mampu memperoleh pendapatan lumayaan,” katanya.

Faez melihat pendedahan seumpama ini memberi idea kepada Pergerakkan Pemuda Umno Ranau untuk mengkormesialkan kerjaya itu di kalangan belia yang belum mempunyai pekerjaan.

Selain mendapat kewangan tambahan kerjaya itu boleh membina kekuatan mental dan fizikal kepada golongan muda di negeri ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline