Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

JKJR akan pasang CCTV pantau pengguna jalan raya

17th March, 2010

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di jalan raya di seluruh negara bagi memantau tingkah laku pengguna jalan raya.

Pengarahnya Datuk Suret Singh berkata pemasangan CCTV itu akan dibuat secara berperingkat bermula dengan 10 lokasi di Perak dan Selangor pada Mei ini.

“Kita akan memasang lebih 1,000 CCTV di seluruh negara dan kita akan mensasarkan pengguna jalan raya yang melanggar lampu merah dan peraturan had laju,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara JKJR dan akhbar berbahasa Tamil Makkal Osai, di sini hari ini.

Suret bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai usaha tersebut.

Menyentuh isu berlainan, Suret berkata JKJR kini menumpukan kepada usaha pembinaan laluan motosikal di semua jalan raya di negara ini yang dijangka dapat mengurangkan 85 peratus daripada kemalangan membabitkan penunggang motosikal.

“Kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan penunggang motosikal yang mengambil kesempatan daripada ketiadaan laluan motosikal untuk menyalahguna hak mereka (sebagai pengguna jalan raya),” katanya.

Selain itu katanya keadaan jalan raya yang berlopak dan berpasir juga salah satu punca kemalangan pada kalangan penunggang motosikal.

“Menurut satu kajian yang dijalankan oleh JKJR, 30 peratus kemalangan jalan raya di negara ini disebabkan oleh masalah kejuruteraan kenderaan, 30 peratus berpunca daripada masalah kejuruteraan jalan raya dan 40 peratus disebabkan oleh pengguna itu sendiri.

“Bila penunggang motosikal melanggar lubang itu bukan saja boleh menyebabkan kemalangan tetapi bila mereka cuba mengelak jalan berlubang itu mereka akan dilanggar oleh kenderaan lain,” katanya.

Beliau seterusnya meminta orang ramai agar menghantar gambar jalan berlubang, berlopak dan berpasir ke laman web www.jkjr.gov.my dan www.panducermat.org.my jika berhadapan masalah itu di kawasan masing-masing.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline