Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Program kesedaran integriti di IPT diperluaskan

17th March, 2010

KOTA KINABALU: Persatuan atau kelab-kelab integriti akan diwujudkan di universiti-universiti bagi menyediakan satu platform untuk membolehkan para mahasiswa memainkan lebih banyak peranan dalam program-program pemantapan integriti di kampus.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ketika ini antara inisiatif bagi memperkenalkan isu-isu integriti di universiti-universiti adalah melalui program debat yang dianjurkan Institut Integriti Malaysia (IIM), dan ia dilihat perlu diperluaskan lagi di kalangan pelajar-pelajar lain.

Beliau berkata itu sebabnya beliau menyambut baik cadangan presiden IIM Datuk Dr Mohd Tap Salleh supaya pelajar-pelajar ini terlibat dalam soal-soal penyebaran nilai integriti, dan dilantik sebagai “Duta Integriti”.

“Untuk itu, mungkin perlu para pelajar menubuhkan kelab integriti atau Rakan Integriti Malaysia, terserahlah kepada universiti masing-masing nak namakan apa kelab ini. Saya juga percaya perlu dikreditkan (beri markah) penglibatan pelajar dalam program integriti ini bagi menarik minat mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertandingan akhir Debat Perdana Integriti 2010 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, kelmarin.

Katanya universiti adalah tempat yang terbaik untuk menerap nilai integriti, kerana ia tempat terakhir yang dihuni para mahasiswa sebelum mereka keluar ke dunia luar.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Mohamed Khaled berkata penekanan terhadap nilai-nilai integriti perlu terus diteruskan kerana tahap kesedaran masyarakat termasuk para pelajar terhadap nilai-nilai integriti masih di tahap yang boleh diperbaiki.

Beliau memberi contoh sebuah laporan kajian Exit Survey: Generic Students Attributes (GSA), yang menunjukkan graduan terlibat dalam soal selidik merekodkan tahap pencapaian yang paling rendah bagi elemen moral dan etika professional, iaitu 73.3 peratus bagi wanita dan 57.7 peratus bagi lelaki.

“Perkara ini amat membimbangkan memandangkan elemen moral dan etika professional merupakan elemen yang amat penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri graduan yang cemerlang semasa di alam pekerjaan,” katanya.

Sementara itu pertandingan Debat Perdana Integriti yang dianjurkan buat kali ke-enam oleh IIM dan disertai oleh 27 pasukan daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta termasuk Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menyaksikan Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul sebagai juara dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di tempat kedua pada pusingan terakhir pertandingan itu.

UPM membawa pulang piala pusingan dan RM6,000 manakala UIAM memenangi RM4,000.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline