Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Iliyas: Vladivostok jadi bandaraya kembar keempat Kota Kinabalu

17th March, 2010

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)mencatatkan satu lagi peristiwa penting pada Isnin, apabila ia menjadikan Vladivostok di Persekutuan Rusia sebagai Bandaraya Kembar keempatnya.

Datuk Bandar, Mayor Datuk Iliyas Ibrahim , dan rakan sejawatannya di Vladivostok, Igor Pushkaryov, dengan rasminya menjalin hubungan Bandaraya Kembar itu pada satu upacara pemeteraian perjanjian di ibu kota Russia itu semalam.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BDKK di sini hari ini berkata, menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun; Setiausaha Tetap Kementerian itu, Datuk Suzannah Liaw; dan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Irene Benggon Charuruks.

Turut hadir ialah Naib Datuk Bandar Vladivostok, Alexey Litvinov; Timbalan Ketua Pengarah DBKK, Joannes Solidau; dan pegawai-pegawai lain, Pengurus Besar Shangri-La Tanjung Aru, Andrew Steele; pegawai-pegawai kanan dari Lembaga Pelancongan Sabah dan ejen-ejen pelancongan dari negeri ini. Berikutan upacara itu, Kota Kinabalu dan Vladivostok bersetuju untuk menggalakkan pertukaran ekonomi, kebudayaan, saintifik dan pertukaran-pertukaran lain.

Kedua-duanya akan menyebarkan maklumat kepada warga masing-masing tentang sejarah, kebudayaan dan kehidupan di bandar raya masing-masing di samping menggalakkan pertukaran pegawai, kebudayaan, sukan, belia dan perwakilan lain.

Kedua-duanya akan juga memaklumkan kepada satu sama lain tentang struktur atau kegiatan yang dilaksanakan oleh kerajaan tempatan masing-masing, serta memperkenal acara-acara yang bertujuan memperkukuh hubungan Bandaraya Kembar itu.

Dalam ucapannya, Iliyas berkata beliau amat kagum dengan keindahan bandaraya pelabuhan Vladivostok dan berterima kasih kepada Pushkaryov kerana menerima Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Kembar.

Kota Kinabalu adalah Bandaraya Kembar Vladivostok yang ke-18. Menurut Iliyas, Kota Kinabalu mencapai status bandaraya pada 2000 manakala sejarah Vladivostok bermula sejak tahun-tahun 1850-an lagi. Ini, katanya menguntungkan DBKK, kerana dapat belajar daripada Vladivostok, terutamanya dari segi pengurusan bandar raya.

Sementara itu Pushkaryov berkata, beliau gembira dengan hubungan antara Kota Kinabalu dan Vladivostok itu.

Beliau juga menyuarakan keyakinan bahawa hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu akan bertambah baik manakala pertukaran perniagaan dan kebudayaan akan memberi manfaat kepada Vladivostok.

Masidi, yang mempengerusikan satu sidang akhbar, berkata antara Kota Kinabalu dan Vladivostok ada potensi besar dalam pelancongan dan perniagaan yang boleh diteroka.

Menteri itu berkata kementeriannya akan menganjurkan lawatan suai kenal ke Sabah bagi media dan ejen pelancongan dari Rusia.

Beliau menegaskan bahawa dari sudut pelancongan, bukan warga Rusia sahaja diharapkan datang ke Sabah, malah rakyat Sabah juga boleh mengunjungi Vladivostok. Vladivostok adalah bandaraya pelabuhan terbesar Rusia di Lautan Pasifik.

Ia terletak di Teluk Golden Horn, tidak jauh dari sempadan Rusia dengan China dan Korea Utara. Ia juga merupakan pelabuhan bagi Armada Pasifik Rusia. Penduduknya berjumlah kira-kira 600,000 orang yang majoritinya terdiri daripada peribumi Rusia dan Ukraine.

Industri utama bandar raya itu ialah perkapalan dan perikanan komersil. Eksport utamanya ialah ikan, produk kayu, logam dan kapal, manakala import utamanya pula ialah produk makanan, ubat-ubatan, pakaian, kasut, kereta dan barangan isi rumah.

Landasan Kereta Api Trans-Siberia dibina bagi menghubungkan Rusia Eropah dengan Vladivostok. Vladivostok juga menempatkan begitu banyak institusi pendidikan, dengan enam universiti termasuk Universiti Perubatan Negeri Vladivostok yang merupakan satu daripada sepuluh universiti perubatan popular di Rusia.

Selain daripada menghadiri upacara menandatangani perjanjian Bandaraya Kembar itu, perwakilan dari Sabah yang sedang dalam lawatan kerja selama tujuh hari ke Vladivostok dan Korea Selatan itu juga melawat tempat-tempat menarik d bandar raya itu serta “Vladivostok Ocean Youth Camp” yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Satu perbincangan mengenai pertukaran pelancongan juga diadakan, dengan Lembaga Pelancongan Sabah dan Jabatan Pelancongan Bandaraya Vladivostok menayangkan filem dokumentari bagi ejen-ejen pelancongan satu sama lain.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline