Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Pemadam Sabah akan edar 10,000 pelekat kereta berkaitan dadah

16th March, 2010

KOTA KINABALU: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sabah akan mengedarkan kira-kira 10,000 keping pelekat kereta yang membawa mesej ‘Dadah Membunuh, Saya Benci Dadah, di seluruh negeri.

Pengerusinya Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya dadah di pusat-pusat hiburan.

Katanya, ia selaras dengan usaha kerajaan untuk membentaras dan memerangi dadah habis-habisan bagi mewujudkan Masyarakat Bebas Dadah menjelang 2015.

“Kita akan lakukan apa sahaja untuk memerangi dadah termasuk di pusat-pusat hiburan. Kita berharap usaha bersepadu dengan pihak berkuasa, pemimpin dan masyarakat umum dapat menyedarkan orang ramai terutamanya golongan muda tentang bahaya dadah.

“Oleh itu kita akan meneliti perkara ini (melekatkan poster atau pelekat anti-dadah di pusat-pusat hiburan) selain melekatkan pelekat kereta yang membawa mesej ‘Dadah Membunuh, Saya Benci Dadah’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program melekat stiker ‘Dadah Membunuh, Saya Benci Dadah’, di tempat letak kereta Wisma Tun Fuad Stephen, di sini, kelmarin.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Herbert Timbun Lagadan dan Setiausaha Politik Kementerian itu Datuk Asnimar Sukardi.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, pihaknya juga akan mengedarkan pelekat kereta itu ke kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dan persekutuan sebagai Kempen Kesedaran Anti Dadah secara berterusan.

“Sekiranya ia tidak mencukupi, kita akan cetak lagi untuk membolehkan mesej itu sampai kepada semua golongan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, Pemadam akan terus berusaha untuk mempelbagaikan dan merakyatkan program kesedaran dengan menganjurkan pertandingan Futsal Anti Dadah di Penampang pada Mei ini dan pertandingan melukis murel anti dadah di antara sekolah-sekolah di daerah Kota Kinabalu.

Azizah turut menyeru kepada semua Pemadam dan agansi-agensi yang berkaitan agar melipatgandakan usaha dalam melaksanakan program-program kesedaran bagi merealisasikan misi dan visi Pemadam iaitu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang bahaya dadah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline